Salam sejahtera, Saya mengajar murid tentang barang yang boleh dikitar semula.Saya hendak terangkan botol kaca kicap (kata inti ialah botol kaca,adakah kata nama botol kaca kicap / botol kicap kaca betul?) | Selamat ptg: Dalam konteks di atas, tuan/puan boleh menggunakan botol kaca. Kemudian, contoh bagi botol kaca yang boleh diberikan ialah botol kaca kicap dan lain-lain. Sekian, terima kasih.
| Makna | 07.11.2016 |
Salam, Antara dua cadangan nama bagi kemudahan (fasiliti) berikut yang manakah lebih sesuai dan tepat untuk dijadikan sebagaibkata nama khas? a) Pusat 3R Komuniti, atau b) Pusat Komuniti 3R 3R ialah reduce, reuse & recycle Sekiranya tuan mendapati salah satu atau kedua-duanya jawapan boleh diterima pakai, adakah penggunaan perkataan seperti berikut juga tidak menjadi satu kesilapan untuk digunakan. c) Pusat 3RKomuniti; atau d) Pusat Komuniti3R Apa yang membezakan sesebuah kemudahan apabila diberi nama antara stesen dan pusat? contoh 1, mengapa stesen bas bukannya pusat bas? contoh 2, mengapa pusat pentadbiran kerajaan, bukannya stesen pentadbiran kerajaan? Adakah perkataan berikut memerlukan perkataan di disambungkan atas sebab ianya menunjukkan sebagai satu perbuatan iaitu dikitar semula atau di kitar semula? Kerjasama tuan sangat dihargai. Sekian, terima kasih. | Assalammualaikum WM WBT. SOALAN 1. Yang lebih sesuai ialah Pusat Komuniti 3R. Tidak boleh digunakan sama ada Pusat Komuniti3R atau Pusat 3RKomuniti. SOALAN 2. Kamus Dewan mentakrifkan stesen (stésén) sebagai bangunan perhentian kereta api atau bas, tempat (bangunan dan sebagainya) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa;, saluran gelombang radio. Dalam hal soalan saudara, pusat bermaksud punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu. Maka dari segi maksud jelas menunjukkan perbezaan penggunaan stesen dan pusat. SOALAN 3. Yang betul ialah "dikitar semula". Kata sendi "di" dieja jarak apabila menunjukkan tempat dan masa. Contohnya, saya tinggal di Johor Bahru. Selain tempat dan masa, "di" dieja rapat. | Tatabahasa | 23.04.2014 |
Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih. | Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu 1. = mengitar-ngitar berkisar(kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah. | Istilah | 17.03.2010 |