Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikongsi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa makna 'perkongsian pintar'? Terima kasihSdr. Mayling 6572, soalan ini tidak ada kaitan dengan bahasa. Tetapi apa yang saya faham tentang soalan Sdr. ialah kita cuba mendapatkan atau mewujudkan kerjasama dalam apa jua hal akan tetapi keuntungan atau faedah yang terhasil akan dikongsi bersama. Manfaatnya dikongsi bersama.Lain-lain28.09.2007
Saya maklum dbp selalu menganjurkan pertandingan kuiz bahasa. Jika boleh dikongsi format soalan kuiz, diperingkat jabatan kerajaan contohnya, sila email kembali kepada saya.terima kasih.Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi pegawai Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP melalui talian 03-21479127/9128 atau e-mel sylee@dbp.gov.my (Puan Sylee) dan nurulaina@dbp.gov.my (Puan Nurul Aina).Lain-lain18.11.2015
Ayat berikut ingin kami gunakan di dalam iklan sambutan kemerdekaan. Adakah tatabahasanya betul? Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Setiap perayaan dikongsi. Setiap kegembiraan dinikmati. Setiap kedukaan dirasai bersama, demi membentuk Negara tercinta. KUB MALAYSIA dan rakyat Malaysia bangga meraikan 50 tahun KEMERDEKAAN Negara !Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Ketiga-tiga frasa tersebut betul tatabahasanya cuma dari segi makna kurang sesuai spt setiap agama terbilang (terbilang bermaksud terkenal -adakah pernyataan tersebut betul?) Frasa Setiap perayaan dikongsi dan Setiap kegembiraan dinikmati adalah tidak lengkapTatabahasa27.07.2007
Salam, Saya berminat untuk memaparkan pautan untuk muat turun Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web saya. Pautan ini dikongsi oleh guru sekolah anak saya. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai hak cipta kerana buku-buku teks ini diterbitkan oleh DBP untuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Adakah akan menjadi isu hak cipta dan sekiranya ya, apakah yang patut saya lakukan untuk membolehkan saya berkongsi pautan & buku-buku teks ini secara sah?Salam sejahtera, Berhubung dengan pertanyaan Pautan Buku Teks Digital Asas (BTDA) di laman web KPM, pihak puan bolehlah menghubungi: Puan Rasinah binti Zakaria, Sektor Standard dan Pengurusan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tel.: 03-8884 4373 E-mel: rasinah.zakaria@moe.gov.my Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain13.01.2021
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan imbuhan yang betul di kalangan pelajar? adakah pihak tuan mempunyai cara-cara yang lebih berkesan yang boleh dikongsi bersama? Terima Kasih.Jwpn: Anda harus menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan, pengajaran yg paling berkesan dan utama dalam proses pembelajaran. Latih tubi juga berkesan selain mengulangi pelajaran sehingga pelajaran benar-benar menguasai pelajaran.Lain-lain18.12.2006
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera tradisional atau moden?Pemikiran dalam karya bermaksud sesuatu fikiran atau idea yang ingin disampaikan atau dikongsi bersama oleh pengarang sesebuah karya kepada khalayak pembacanya. Pembaca yang membaca sesebuah karya sastera sama ada moden atau klasik untuk mencari sesuatu idea atau fikiran akan menjadi pembacaan menarik dan berkesan daripada membaca semata-mata kerana ingin mengetahui cerita atau untuk berhibur. Pemikiran dalam karya sastera boleh timbul daripada pelbagai persoalan seperti politik, ekonomi, agama, sosio-budaya dan sebagainya. Lain-lain24.07.2008
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
Salam sejahtera dan salam perpaduan diucapkan, saya seprang pelajar dari unimas. Saya amat berminat untuk mengarang esei mahupun cerpen pendek...saya juga teringin untuk menghasilkaan artikel-artikel yang dapat dikongsi kepada yang lain melalui hasil penulisan saya. Bolehkah tuan/puan mencadangkan kepada saya, di mana saya dapat menghantar artikel-artikel yang dikarang oleh saya atau dapatkah membuatnya sebagai kerja sambilan sambil belajar...saya turut boleh mengarang sesuatu artikel mengikut tajuk yang diberikan kepada saya...motif utama adalah untuk memperutuhkan penggunaan bahasa melayu saya dengan lebih mendalam lagi...diharapkan agar tuan/puan dapat memberikan respon terhadap soalan yang telah saya utarakan...sekian, terima kasih.

Salam sejahtera kepada saudari,

Berkaitan dengan pertanyaan saudari tersebut, KNB mencadangkan saudari merujuk majalah-majalah yang diterbitkan oleh DBP. Untuk makluman saudari, DBP setiap bulan menerbitkan pelbagai majalah dalam pelbagai bidang antara  Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, dan lain-lain. Dalam seperti majalah tersebut, ada disediakan surat atau pendapat daripada pembaca. Justeru, saudari boleh memanfaatkan ruangan-ruangan tersebut untuk menghantar setiap hasil tulisan saudari yang berkaitan. 

Untuk penulisan kreatif pula seperti cerpen dan puisi, saudari boleh menghantar karya ke majalah Tunas Cipta dan Dewan Sastera. Untuk mendapat alamat setiap majalah tersebut, saudari boleh merujuk di laman internet DBP.  Sekian, terima kasih.

Lain-lain21.02.2010
saya memiliki himpunan sajak-sajak yang saya tulis. ada yang pernah dihantar dan diterbitkan di majalah. bagaimanakah jika saya ingin menerbitkan himpunan sajak saya itu dalam bentuk buku untuk diterbitkan agar dapat dikongsi.saudara bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain26.05.2009
sesaat bersama seabad terasa. sering saya lihat di majlis persaraan/perpisahan. apa maksud

“Sesaat bersama, seabad terasa” bermaksud walaupun baru sahaja bersama atau berkenalan, tetapi hubungan sangat akrab dan banyak kenangan dikongsi bersama. Walau bagaimanapun, makna tersebut bergantung pada situasi atau latar sesuatu keadaan atau suasana.

Sastera06.03.2025
12

Kembali ke atas