| Mohon semakan terhadap ayat di bawah: Semoga terus memperolehi kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima ksih. | Semoga terus memperoleh kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. | Tatabahasa | 10.04.2015 |
| Apakah perbezaan gelaran Dato' dengan Datuk? Adakah benar gelaran Dato' untuk darjah kebesaran yang diberikan oleh TYT atau Raja di setiap negeri. Manakala Datuk pula gelaran bagi mereka yang memperoleh darjah kebesaran daripada YDPA | Gelaran Dato' dikurniakan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran DatukĀ dikurniakan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. | Lain-lain | 28.01.2014 |
| Adakah ayat ini tepat? Anugerah itu dikurniakan kepada Yang Mulia Awang ... | Frasa yang tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 16.05.2016 |
| Adakah maksud "kurnia" dapat disamakan dengan maksud "kurniaan"? Maksud "kurnia" dan "kurniaan" hampir sama. Dalam Kamus Pelajar, "kurnia" diberi takrif "pemberian daripada Allah atau daripada raja sebagai tanda kasih kepada", manakala "kurniaan" diberi makna "sesuatu yang dikurniakan; pemberian (gelaran dll)". Kedua-dua perkataan "kurnia" dan "kurniaan" bermaksud pemberian; sesuatu yang dikurniakan. Jadi, adakah kedua-dua kata terbitan yang berbeza imbuhan ini sama maksud? | Maksud "kurnia" dan "kurniaan" memang sama. "Kurniaan" ialah kata terbitan daripada "kurnia". Cuma ia digunakan pada ayat yang berbeza. | Makna | 19.12.2014 |
| Apakah terjemahan bagi post-nominal? Post-nominal ini yang singkatan darjah kebesaran yang dikurniakan selepas nama orang. Contohnya DK. | Post-nominal bermaksud darjah kebesaran, sementara 'DK' merupakan singkatan darjah kebesaran. | Makna | 24.03.2018 |
| Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang? | Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua Negeri | Istilah | 24.06.2007 |
| apakah perkataan yang semakna dengan perkataan syafaat? adakah perkataan syafaat boleh digunakan untuk selain Nabi saw? | Menurut Kamus Dewan, syafaat bermaksud kelebihan yg dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada nabi-nabi lain untuk memberi pertolongan kepada umatnya pada hari perhimpunan di Padang Mahsyar. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh digunakan kepada selain para nabi dan rasul. | Lain-lain | 27.10.2020 |
| wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. | Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb.. | Tatabahasa | 16.05.2008 |
| Dia melihat susuk tubuh. Sosok atau Susuk? Boleh tak kalah kita tambah "Se" jadi "Sesusuk" atau "Sesosok" | Ejaan yang betul ialah “susuk tubuh”. Menurut Kamus Dewan Perdana (halaman 2189), “susuk tubuh” bermaksud bentuk rupa atau bangun tubuh, bayangan tubuh atau badan yang kelihatan samar-samar. “Susuk tubuh” tidak sesuai diberikan imbuhan se-. Sila rujuk contoh ayat yang berikut: i. Tidak semua wanita dikurniakan susuk tubuh idaman. ii. Sama-samar Megat melihat dua susuk masuk ke dalam bilik itu. | Ejaan | 01.03.2024 |
| Mohon maaf saya ingin merujuk semula soalan saya 5.7.09 dan jawapan tuan pada 6.7.09. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan ialah "menghembus". Saya merujuk Kamus Dewan, contoh untuk 'tiup' : "dia memarakkan api dengan meniupnya" contoh untuk 'hembus': "menghembus nafas yang terakhir" saya berpendapat menghembus berlaku dalam keadaan perlahan jika dibandingkan dengan meniup. Jadi saya fikir ayat "Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih" lebih tepat, kerana 'menghembus' lebih sesuai untuk memadamkan, manakala 'meniup' adalah untuk memarakkan. Apakah pandangan tuan. B. Menurut Kamus Dewan, "Pingat" bermaksud "bintang yang dikurniakan oleh kerajaan untuk menghormati jasa seseorang". Penjodoh bilangan untuk bintang adalah butir, jadi saya berpendapat penjodoh bilangan untuk pingat adalah "butir" Apa pendapat tuan. Saya mohon kepastian seterusnya. Sebenarnya saya ada masalah untuk mencari jawapan objektif bagi soalan tatabahasa BM murid tahun enam. | A. Antara perbuatan meniup dan menghembus amat sukar untuk mencari perbezaan, dalam Kamus Dewan kata kerja meniup dan menghembus sama makna keduanya, walau bagaimanapun contoh dalam Kamus Pelajar mengaitkan perbuatan meniup untuk memarakkan api, manakala menghembus untuk memadamkan api. B. Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya sebutir telur; dua butir peluru. Manakala buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti sebuah kereta, sebuah kerusi. Berdasarkan contoh tersebut penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebutir pingat. | Tatabahasa | 09.07.2009 |