Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan "di".Adakah penggunaan imbuhan "di" perlu dieja bercantum seperti "dilabel" atau perlu dipisahkan "di label".Di sini, saya inginkan kepastian bagi penggunaan imbuhan "di" yang betol dan tepat. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. | Tatabahasa | 12.06.2010 |
perkataan yang diklasifikasikan bp iaitu bahasa percakapan tidak boleh digunakan dalam penulisan. Apakah jenis klasifikasi lain yang tidak boleh digunakan dalam penulisan pelajar sekolah? | Perkataan yang dilabel sebagai "bp" tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah penulisan rasmi dalam pembelajaran. Pelajar hendaklah merujuk dan mengambil contoh perkataan dalam Kamus Pelajar bagi memilih penggunaan kata yang sesuai. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
bagaimana menterjemahkan bahasa indonesian ke bahasa malaysia? berbeza=berbeda? cuti=libur? ada rujukan? | Tidak ada rujukan khusus tentang terjemahan daripada bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia. Dalam Kamus Dewan perkataan Indonesia dilabel sebagai id, jika tuan memerlukan terjemahannya bolehlah mencari perkataan yang sama maknanya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 25.07.2013 |
Saya mencari kamus untuk rujukan betul kan ayat. Contoh di rumah atau dirumah..di jauh atau di dekat..terima kasih. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di"digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: disusun, dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. Maka contoh yang betul ialah di rumah | Tatabahasa | 15.05.2020 |
Kata terbitan imbuhan awalan untuk kata kerja ada imbuhan di (membentuk kata pasif untuk org ketiga contoh disusun) Adakah di bawah,di depan,di luar,di tepi golongan tersebut Dan ejaan betul di susun/disusun atau di bawah / dibawah (perbezaan rapat ke tidak) | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di"digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: disusn, dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
saya ingin mengetahui imbuhan "di".Adakah perkataan "diabel" perlu dieja rapat atau perlu di jarakkan "di label".Di sini saya perlukan kepastian perkataan imbuhan "di" yang betul. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. | Tatabahasa | 12.06.2010 |
Muhammad Hafiz Khasdir Oct 21st, 4:50pm Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya Muhammad Hafiz Bin Khasdir merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di SK Parit Markom, Benut, Pontian. Untuk pengetahuan pihak tuan, sekolah saya merupakan sekolah Gred A di kawasan kampung pinggir Benut ini. Saya ingin bertanyakan satu perkara. Bolehkah saya mendapatkan sumbangan buku-buku baru ataupun buku-buku terpakai dari pihak tuan? Ini adalah kerana saya mendapati sekolah menghadapi masalah kekurangan buku dan buku-buku yang terdapat disekolah merupakan buku-buku lama yang agak daif keadaannya. Begitu juga kekurangan sumber bahan bacaan Bahasa Inggeris untuk murid-murid kampung disini. Untuk pengetahuan tuan juga, saya dan guru-guru lain sudah merancang untuk memulakan Projek '5 Minutes to Read' untuk tahun 2015. Murid-murid akan menggunakan 5 minit waktu rehat mereka untuk membaca bahan bacaan ringan di dewan serbaguna sekolah sebelum memulakan pembelajaran. Buku-buku mengikut tahap murid akan diklasifikasikan didalam bakul buku yang dilabel untuk setiap kelas. Ini adalah untuk memupuk semangat membaca dikalangan murid diusia muda terutama sekali murid-murid kampung disini. Selain itu juga, sikap membaca dapat dipupuk kepada mereka tidak kira dimana mereka berada walaupun diwaktu rehat. Jika pihak tuan berminat untuk menyumbangkan sedikit bahan bacaan baru ataupun terpakai kepada sekolah, maka saya akan menyediakan surat permohonan sumbangan kepada pihak tuan yang | Sila hubungi Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 12, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 21.10.2014 |
Selamat sejahtera. Saya bercadang untuk menggunakan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi terbitan 2008 sebagai sumber untuk membina senarai kata konsonan-vokal-konsonan-vokal yang akan digunakan dalam ujian pendengaran. Sebelum itu, saya ingin bertanya tentang kriteria kemasukan perkataan dalam daftar kata tersebut. Adakah ia meliputi kata bahasa percakapan, dialek dan sebagainya? Sebahagian daripada perkataan dalam Daftar Kata tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan (edisi keempat). Terima kasih | Untuk makluman saudara, entri yang terkandung dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu bersumberkan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, Daftar Kata Bahasa Melayu juga turut memasukkan kata-kata tertentu daripada Daftar Ejaan Rumi yang disusun oleh Za'ba dan Malay English Dictionary susunan R.J. Wilkinson serta Kamus besar Bahasa Indonesia. Oleh itu, dalam hal penyusunan senarai kata yang saudara rancangkan, eloklah dielakkan penggunaan kata yang dilabel sebagai bp/bahasa percakapan dan BI/Bahasa Indonesia dalam entri sumber. | Lain-lain | 10.10.2011 |