Anak saya buat ayat yang berbunyi "Saya warganegara Malaysia kerana saya dilahirkan di Malaysia." Guru Bahasa Melayu membetulkan 'dilahirkan' kepada 'melahir'. Saya rasa kurang tepat. Saya mohon penjelasan dan pengesahan. Terima kasih. | Ayat tersebut betul, menggunakan perkataan dilahirkan dan bukannya melahir. Sila beri ayat yang lengkap yang menggunakan perkataan melahir. | Tatabahasa | 14.07.2010 |
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama? | Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. | Makna | 21.06.2010 |
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dilahirkan oleh DBP pada tahun 1979. PPM terus memberikan perkhidmatan terjemahan dari dan ke dalam pelbagai bahasa modern serta khidmat nasihat terjemahan. Kursus Penterjemahan PPM-DBP pula telah dimulakan sejak tahun 1984 lagi. Justeru, pihak Urus Setia memohon agar aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh PPM turut dikongsi bersama dengan mengaitkan laman web PPM : www.ppm-mta.org kepada laman web DBP. Terima Kasih, Urus Setia. | Untuk makluman puan, pihak kami telahpun menyediakan capaian kepada Laman Persatuan Penterjemah Malayia (PPM) sejak tahun 2006 dalam laman web utama DBP. Capaian kepada laman ini boleh dicapai di Rakan Web (http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=63) di bawah perkara Maklumat Umum di sebelah kiri laman web rasmi DBP. | Lain-lain | 27.10.2009 |
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar? | Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'. | Ejaan | 30.03.2011 |
Siapakah penulis yang menggunakan nama pena APAM? | Abang Patdeli Abang Muhi. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak dan menulis dalam genre skrip drama dan cerpen. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 12.11.2007 |
tahun sebelum masihi dan tahun masihi. | Tahun masihi dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan dan tahun sebelum masihi ialah tahun sebelum peristiwa kelahiran nabi Isa. | Makna | 12.02.2009 |
diputrakan /diputrikan adakah diputerikan untuk perempuan? | diputerakan -lahirkan lelaki diputerikan - tidak oleh digunakan, guna dilahirkan sahaja | Lain-lain | 03.04.2007 |
Apakah puisi | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Mengikut Glosari Istilah Kesusasteraan terbitan DBP 1988, puisi ialah istilah yang digunakan untuk pelbagai bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada seseorang penulis atau penyair. Sekian dimaklumkan. | Lain-lain | 28.07.2010 |
berikan maksud Hari Keputeraan Baginda dan maksud diputerakan? | 1. Maksud Hari Keputeraan Baginda ialah hari ulang tahun kelahiran dan 2. maksud diputerakan pula ialah dilahirkan (anak): Contoh ayat: baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; | Lain-lain | 28.07.2010 |
definisi pembuangan bayi, cara mengatasi pembuangan bayi di kalangan remaja. | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, kata buang bermaksud mencampakkan , mlemparkan. menghapuskan ,menghilangkan. Kata bayi bermaksud anak kecil yang baharu dilahirkan. Makna pembuangan bayi pula ialah perbuatan 'mencampakkan' atau 'menghapuskan'. Sekiranya sdr. ingin menulis tentang perkara ini sdr. dinasihati membaca makalah dalam akhbar dan majalah dan sebagainya atau berbincang dengan guru sdr. | Makna | 04.09.2007 |