Tajuk acara yang bakal dilangsungkan adalah Fellow INTAN 2011. Kami dimaklumkan bahawa FELO INTAN 2011 adalah terjemahan ke bahasa Malaysia. Mohon pengesahan FELO tersebut. Sekian terima kasih. | Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Istilah | 09.11.2011 |
Susunan Perkataan untuk banting manakah yang paling sesuai? Dua majlis ini dilangsungkan secara berasingan, majlis khatam Al-Quran dahulu dan hari lain barulah Majlis Apresiasi Kecemerlangan, tetapi menggunakan satu Banting yang sama 1. Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Khatam Al-Quran 2. Majlis Apresiasi Khatam Al-Quran dan Kecemerlangan 3. Majlis Khatam Al-Quran dan Apresiasi Kecemerlangan Nombor berapakah yang paling sesuai? | Kami mencadangkan susunan ayat yang ketiga, namun pihak tuan perlu memasukkan tarikh yang jelas untuk program tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pembaca. | Lain-lain | 11.01.2024 |
Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai buku antologi peserta Minggu Penulis Remaja 2008 yang telah dilangsungkan di SMK Batu Sapi Sandakan. Adakah buku antologi tersebut sudah siap dan jika sudah siap bagaimana cara untuk mendapatkan buku antologi tersebut? | Kami akan menyemak sama ada buku tersebut sudah diterbitkan ataupun belum dan akan memaklumkannya kepada pihak tuan dengan seberapa segera. | Lain-lain | 04.09.2010 |