Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilantik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Muncul juara (johan) atau muncul sebagai juara; dilantik pengerusi atau dilantik sebagai pengerusi? Mohon penjelasan.Ayat yang betul ialah 'muncul sebagai juara' dan 'dilantik sebagai pengerusi'.Tatabahasa26.05.2007
1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ayat 1 atau 2 lebih baik? Ada cadangan lain?1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi yang lazim digunakan ialah ayat yang kedua.Tatabahasa10.11.2010
A - Pengawas yang dilantik hendaklah dari kalangan guru sekolah. B - Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Ayat A atau B betul?

Saudara,

Ayat yang betul ialah " Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Kata sendi "dari" digunakan untuk arah, tempat dan masa.

Tatabahasa30.11.2010
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun?Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun.Lain-lain01.10.2014
Yang mana betul/tepat, ' Tuan yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan' atau ' Tuan yang dilantik layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan...'Tuan yang dilantik layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan ...Tatabahasa25.02.2011
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid.Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. Lain-lain29.01.2010
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
Salam sejahtera tuan. Ayat pasif yang berikut yang manakah betul? Harap diberi penjelasan jua. Terima kasih. ① Wanita itu telah dilantik sebagai setiausaha oleh Datuk Mustafa. ② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha. Ayat Aktifnya : Datuk Mustafa telah melantik wanita itu sebagai setiausahanya.② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha.Tatabahasa08.06.2015
Mohon pandangan penggunaan huruf besar di tengah ayat. Contoh ayat : 1) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik. 2) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik. Adakah penyedia perkhidmatan tersebut perlu menggunakan huruf besar?Penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut merupakan kata nama khas, termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik.”, perkataan  “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf kecil kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am, manakala dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik.”, perkataan “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf besar kerana “Penyedia Perkhidmatan E-dompet” merupakan kata nama khas.Tatabahasa17.06.2022
mohon penjelasan 1. takrif perkataan :" pencerahan" 2. Perbezaan di antara perkataan : dipilih dan dilantik1. Pencerahan membawa maksud perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu.
2. Dalam konteks politik Malaysia, ahli Dewan Rakyat dipilih oleh orang ramai melalui pilihan raya, manakala, ahli Dewan Negara dilantik oleh Kerajaan.
Lain-lain08.01.2015
123456789

Kembali ke atas