Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilatih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih

1. Boleh digunakan juga perkataan minda

2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja.

3. tempoh

4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya

Tatabahasa06.10.2010
apakah bahasa gramatisMaksud bahasa gramatis ialah bahasa yang  berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini se baliknya tidak ~;Istilah02.04.2010
bagaimanakah penggunaan bagasa gramatis yang baik?Bahasa yang gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini se baliknya tidak ~;Istilah02.04.2010
apakah contoh bahasa yang gramatis?Bahasa yang gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh ayat :  mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini se baliknya tidak ~;Istilah02.04.2010
jadual tugasan atau jadual betugas? Kenapa?

Puan Rohani

tugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; -  

betugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling;

Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan jadual bertugas lebih baik.

 

 

Makna09.03.2010
MANA YANG BETUL PENGGUNAANNYA: JADUAL BERTUGAS HARIAN ATAU JADUAL TUGASAN ATAU JADUAL TUGAS BOLEH ULASAN SEBAB PERKATAAN ITU DIGUNAKAN TERIMA KASIHtugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; -  
bertugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling;
Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan Jadual Bertugas Harian lebih baik.

Lain-lain26.08.2014
Adakah perantis kata asli bahasa melayu atau dipinjam dari bahasa asing? Atau dibentuk khas sebagai padanan bagi istilah apprentice?Kata perantis bukan dibentuk tetapi merupakan padanan bagi kata bahasa Inggeris apprentice. Perantis atau pelatih ialah seseorang yang dilatih dan diberi pendedahan menguasai sesuatu kemahiran seperti pertukangan.Istilah30.12.2017
Kata bilangan pisahan: Perlukah penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan pecahan 'setiap'? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? Setiap murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. atau Setiap orang murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. Entri di bawah dipetik daripada Kawus Dewan. Penjodoh bilangan 'buah' diletakkan selepas kata bilanga pecahan 'setiap': 'Setiap buah kereta mesti didaftarkan'. Harap dapat jelaskan. Terima kasih. setiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban:Ayat yang lebih gramatis ialah ayat kedua kerana penjodoh bilangan "orang" perlu hadir dalam ayat tersebut sebagai penerang pada kata nama yang mengikutinya, seperti dua orang pelajar ...  dua orang ahli PBSM .... setiap orang murid...Lain-lain14.04.2014
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'?

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

 

 

Lain-lain18.05.2010
Nak tanya. Puisi yang bertajuk Negaraku Permai ciptaan Khadijah Hashim ini merupakan syair ke? Saya tidak berapa jelas perbezaan antara puisi, pantun, gurindam kerana saya baru nak berjinak-jinak.Untuk makluman, pantun, syair, seloka dan gurindam merupakan puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

Sastera15.04.2020

Kembali ke atas