Boleh terangkan penggunaan singkatan perkataan yang betul? mana yang perlu diletak titik, mana yang tidak perlu contoh: cth nombor: no. telefon: tel. dan sebagainya: dsb dan lain-lain: dll Bolehkah semua singkatan ini digunakan dalam laporan rasmi kerajaan? Terima kasih | Perkataan yang disingkatkan perlu diletak titik, seperti no. (nombor), tel. (telefon), dan kg. (kampung). Walau bagaimanapun ejaan dua patah kata ayau lebih lazimnya tidak diletak titik, seperti KP (kad pengenalan, TB (telefon bimbit) dll (dan lain-lain). | Ejaan | 07.04.2022 |
Bukankah kata soal tidak boleh diletak dalam ayat penyata? Tolong betulkan tatabahasa ayat ini. Terima kasih. "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah." | Ayat, "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah." tidak perlu diletakkan tanda soal di hujungnya kerana ayat tersebut bukan ayat tanya. | Tatabahasa | 22.01.2018 |
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja. | a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? | Tatabahasa | 01.12.2011 |
Saya mahu buat signboard yang akan diletak di luar pejabat. Nama yang akan digunakan ialah Ad'deen EduCenter. Boleh kah saya gunakan perkataan Educenter tersebut kerana ianya ialah nama yg didaftarkan di SSM. Terima kasih. | Jika nama yang telah didaftarkan di SSM boleh sahaja digunakan untuk paparan dalam iklan. Tuan/puan perlu menambah keterangan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN yang perlu diletakkan disebelah kiri atas iklan. Untuk pengesahan iklan, tuan boleh layari laman web pengesahan iklan DBP melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ | Lain-lain | 30.06.2016 |
Saya keliru alamat pada surat rasmi perlu diletak koma (,) atau tidak. Belajar di INTAN tak perlu letak koma, pekeliling MAMPU terkini ada koma pulak. Tolong bantu | Perlu ada tanda koma dan diakhiri dengan tanda noktah dalam menulis alamat surat. | Ejaan | 29.07.2015 |
1) Dalam dialog, selepas titik tiga '...' perlukah diletak tanda koma? Contoh ayat, "Sa... sa... saya..." tergagap-gagap dia seketika. 2) Jika ayat penyata, perlukah titik tiga itu diletakkan satu titik lagi menjadi 4 titik, '....'? Contoh ayat, Dia terus hanyut dan hanyut... | 1) Selepas elipsis atau titik tiga tidak perlu lagi tanda koma 2) Perlu letak titik jika selepas titik ialah tanda noktah dan dijarakkan terlebih dahulu, seperti contoh ayat: Dia terus hanyut dan hanyut ... . | Lain-lain | 15.06.2010 |
Perkataan anbia bermaksud jamak. Jadi, perkataan para boleh diletak di hadapan perkataan anbia tak? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud anbia ialah (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi atau penghulu segala manakala para ialah kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai. Maka para tidak boleh diletakkan di hadapan perkataan anbia. | Tatabahasa | 02.01.2024 |
kami ingin membina sebuah pangsapuri dan nama yang diletak bagi projek kami dikenali sebagai Residen Era Ariff. Adalah nama ini diluluskan oleh dewan bahasa dan pustaka | Nama tersebut diluluskan tetapi harus dibetulkan ejaan "Residen" kepada "Residensi" --> Residensi Era Ariff | Lain-lain | 07.03.2016 |
Sekiranya tajuk rencana adalah dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah cara penulisannya? Adalah perlu diletak tanda pembuka dan penutup kata? Contoh ayat adalah seperti berikut: 1. Penyiar TV Arts & Entertainment menyiarkan filem rencana berkenaan kegiatan John bertajuk, Headhunters of the Amazon. 2. Italian Cosmopoliton menerbitkan artikel yang panjang lebar tentang bengkel-bengkelnya di Eropah yang bertajuk Shapeshifting. | Menurut buku Gaya Dewan, tajuk rencana dalam bahasa Inggeris perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 04.10.2011 |
salam, dalam bahasa Inggeris adakah sama seperti bahasa Melayu yang penggunaan koma (,) perlu diletak selepas kata "and", contohnya Bird, cat, cow and dog? | Penggunaan tanda baca dalam teks bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa. Sila rujuk Pusat Bahasa di tempat suadara belajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Ejaan | 02.04.2012 |