Pada awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. ATAU Di awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. Di antara kedua-dua ayat tersebut manakah yang lebih tepat | Penggunaan yang betul ialah Pada awal penubuhan, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. | Tatabahasa | 12.01.2017 |
Rupa buah "kelapa laut" yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam adalah seperti yang dilihat dalam gambar di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Borassus_flabelliferDan nama saintifik yang diberikan ialah "Borassus flabellifer".Tetapi pencarian istilah "kelapa laut" di PRPM memberi takrifan "Lodoicea maldivica", iaitu buah ini:http://en.wikipedia.org/wiki/Coco_de_MerJadi, mana satu buah "kelapa laut" yang betul? | Untuk makluman nama saintifik yang diberikan, iaitu Lodoicea maldivica terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Nama saintifik ini merupakan nama untuk sejenis kelapa laut. Mungkin nama yang puan kemukakan merupakan salah satu spesies kelapa laut. | Istilah | 02.11.2011 |
saya ada pertanyaan tentang istilah Hari Raya. Rata-rata semua sedia maklum perkataan 'Aidilfitri' dieja sedemikian. Namun, jika dilihat daripada istilah asal Bahasa Arab, agak sedikit berbeza, iaitu Eid-ul Fitr. Malah, jika dilihat Bahasa Indonesia juga dieja sebagai Idul Fitri. Mohon penjelasan. Terima kasih." | Perkataan "Aidilfitri" telah mantap penggunaannya dalam wacana bahasa Melayu. Penggunaan Eid-ul Fitr atau Idul Fitri oleh sebilangan pengguna merupakan proses biasa dalam kalangan pengguna bahasa moden seperti bahasa Melayu yang akrab dengan istilah serumpun dan konteks penggunaannya (agama/bahasa Arab). | Istilah | 04.08.2014 |
Soalan yang lepas: Apakah bezanya antara mengeyakan dan mengiyakan? Bagaimanakah kita menggunakan perkataan di atas? Jawapan yang diberikan oleh pihak tuan: Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut fungsi kata, kedua-dua kata ini terdapat sedikit perbezaan. Kata mengiakan berfungsi sebagai perkara atau keterangan yang dipersetujui. Manakala, mengeyakan pula, berfungsi apabila seseorang itu diminta menyatakan atau mengatakan sesuatu perkara yang perlu dipersetujui. Soalan baharu saya: Sila berikan contoh-contoh yang jelas bagi perkataan "mengiakan" dan "mengeyakan" berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan seperti di atas. Contoh-contoh yang jelas amat penting untuk membantu para murid dan pelajar. Terima kasih. | Kata terbitan mengeyakan dan mengiakan membawa maksud yang sama, iaitu membenarkan. Perbezaan adalah daripada binaan kata yang berbeza, iaitu mengeyakan daripada kata "ya" menerima apitan menge-...-kan, manakala mengiakan daripada kata "ia" (makna kedua) menerima apitan meng-...-kan. Berdasarkan data korpus penggunaan kata mengiakan jauh lebih banyak daripada mengeyakan. | Tatabahasa | 11.06.2015 |
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat di papan kenyataan sekolah. A Sudahkah diumumkan maklumat tentang pertandingan itu ? B Bagaimanakah kita dapat ketahui maklumat tentang pertandingan melukis itu ? | Ayat yang betul "Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat pada papan kenyataan sekolah". Manakala, soalan yang sesuai "Bagaimana kita dapat mengetahui maklumat tentang pertandingan melukis itu?". | Tatabahasa | 22.08.2015 |
apakah yang dimaksudkan aspek struktur dalam sesebuah sajak | Secara umum, aspek struktur dalam sesebuah sajak boleh dilihat dari dua sudut, iaitu struktur fizik dan struktur dalaman. Struktur fizikal ialah bentuk yang digunakan oleh seseorang penyair seperti baris, rangkap dan sebagainya. Manakala struktur dalaman pula boleh dilihat dari segi makna puisi tersebut. Sila rujuk buku-buku berkaitan dengan analisis puisi. | Lain-lain | 01.03.2009 |
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk. | 1. Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut: “Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.” 2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama) Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif) ii. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama) Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 29.08.2017 |
bagaimanakah cara ejaan yang betul untuk perkataan wujud atau ujud? | Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Wujud: 1. adanya (sesuatu); sedia ada; 2. sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yang nyata (bukan roh dll), rupa dll yang dapat dilihat. Ujud: yg dikehendaki, maksud, tujuan. | Makna | 09.01.2013 |
Pertama sekali terima kasih kerana memberikan masa untuk menjawab soalan yang bakal saya ajukan. Soalan saya adalah berkenaan kata majmuk. Mengapakan kata majmuk dalam bahasa Melayu tidak produktif, namun jika dilihat di negara Indonesia, penggunaan kata majmuknya begitu luas dan merangkumi penggunaan dalam seharian. Soalan kedua pula adalah mengapa masih lagi dilihat penggunaan kata majmuk umum juga disalahtafsirkan sebagai kata majmuk mantap , dan mengapa bentuk kata lazim tersebut tidak diangkat sebagai kata majmuk mantap. | Jawapan kepada soalan pertama: Dakwaan puan berkaitan kata majmuk bahasa Melayu tidak produktif berbanding bahasa Indonesia yang puan dakwa begitu meluas dan merangkumi penggunaan harian tidak disokong data konkrit. Tiada kajian akademik yang menjadi asas dakwaan puan. Jawapan soalan kedua: Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 73-74 untuk mengetahui senarai kata majmuk mantap. Selain itu, puan harus boleh membezakan kata majmuk dengan sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang dieja bercantum, contohnya peribadi, sukacita, manakala, dan lain-lain. | Ejaan | 11.07.2018 |
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) | Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul. | Tatabahasa | 17.03.2009 |