Merujuk soalan 32 iaitu `Mereka mencuba melupakan masalah itu`telah dipasifkan menjadi` Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka`. Mengapakah `mencuba` dalam ayat aktif telah hilang imbuhan `meN-`apabila dalam ayat pasif? | Imbuhan "meN" hanya digunakan dalam ayat aktif. Oleh itu, "mencuba" dalam ayat aktif menjadi "cuba" dalam ayat pasif. | Tatabahasa | 18.04.2009 |
Salam sejahtera, tuan..soalan saya ialah baru-baru ini saya ada mendengar satu pendapat yg mengatakan tiada apitan 'di- ... -kan', contohnya: dilupakan, dikecewakan. Kecuali dimakan. Sebaliknya, perkataan-perkataan itu hanya digunakan seperti 'dilupa', 'dikecewa' dll. Benarkah? Terima kasih. | Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif meN-...-kan. Bentuk apitan ini memang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan di- dan -kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 202. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Merujuk soalan 33 yang telah saya tanya sebelum ini iaitu ' mereka mencuba melupakan masalah itu'. Akhirnya, tuan menjelaskan bahawa ayat aktif di atas perlu dipasifkan menjadi ' Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka'. kata ' mencuba ' (dalam ayat aktif )pula ' menjadi ' cuba' ( dalam ayat pasif). Penjelasan tuan telah saya fahami. Cuma saya ingin tahu sebab 'meN- ' itu boleh digugurkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya'meN-' akan menjadi 'di' (jika pelaku KGND ketiga ) atau tanpa imbuhan 'di" (jika pelaku KGND 1 @2). untuk makluman tuan, saya sedang berusaha menjadi Munsyi Dewan yang lebih baik. Oleh itu saya perlu rajin bertanya. Tuanlah menjadi tempat rujukan saya . Tuan juga yang menjadikan saya lebih yakin berhadapan dengan khalayak. Terima kasih. | Imbuhan meN- tidak digunakan dalam ayat pasif. Bagi ayat tersebut "cuba" ialah kata bantu, manakala "dilakukan" ialah kata kerja, maka tidak perlu kata bantu diberi imbuhan. Selain itu, ada sesetengah kata kerja tidak memerlukan imbuhan seperti "makan" dan "minum". | Tatabahasa | 30.04.2009 |
Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’ | Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 03.08.2016 |
Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMAN | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini. | Tatabahasa | 16.02.2015 |
Merujuk soalan 48 yang telah saya kemukakan. Nampaknya ` cuba` ialah kata kerja dan bukannya kata bantu. Soalan 48 ini sebenarnya ada kaitan dengan kemusykilan saya tentang soalan yang telah saya kemukakan sebelum ini iaitu `mereka mencuba melupakan perkara itu` Tuan telah memberikan banyak penjelasan . Antaranya ayat tersebut dipasifkan menjadi` perkara itu cuba dilupakan oleh mereka`. Sebenarnya, saya ingin tahu sebab `mencuba` hanya menjadi`cuba` dalam ayat pasif itu. Kemudian encik menjelaskan bahawa `cuba ` ialah kata bantu,kemudian, tuan membetulkannya dengan mengatakan `cuba ` ialah kata kerja. Boleh tak encik menjawab soalan 44 yang telah saya tanya sekali lagi kerana soalan ini berkaitan dengan huraian di atas? | Dalam ayat mereka mencuba melupakan perkara itu apabila dipasifkan menjadi perkara itu cuba dilupakan oleh mereka. Ayat ini merupakan ayat pasif diri ketiga. Contoh lain: Saya membaca buku itu, apabila dipasifkan menjadi buku itu saya baca. Kata cuba boleh juga digolongkan sebagai kata kerja dan kata bantu bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 13.05.2009 |
Merujuk soalan 27 . Ayat `Mereka mencuba melupakan masalah itu` dikatakan betul. Pendapat ini sama dengan pendapat Prof.Dr Awang Sariyan dalam buku beliau `Warna dan Suasana Perancangan Bahasa di Malaysia`. Walau bagaimanapun, saya menghadapi masalah untuk menjadikan ayat ini sebagai ayat pasit. Minta tunjuk ajar. terima kasih. | Cadangan: Masalah itu cuba dilupakan oleh mereka. | Tatabahasa | 16.04.2009 |
Salam Tuan. Saya ingin memohon agar pihak DBP dapat membuat saranan kepada Menteri Pelajaran Malaysia agar memperkenalkan semula Tulisan Jawi kepada murid-murid sekolah melalui subjek Bahasa Melayu. Ini kerana KPM sedang membuka ruang dialog kpd rakyat Malaysia dalam menggubal kurikulum pendidikan negara yang baharu. Tulisan Jawi yang kini hanya dipelajari oleh murid Melayu dalam pelajaran Agama Islam perlu diperluaskan ilmu tentangnya seperti awal tahun 1970an. Amatlah menyedihkan apabila tulisan yang indah ini semakin dilupakan oleh bangsanya sendiri. Saya beranggapan memang menjadi tanggungjawab DBP memastikan kegemllangan tulisan jawi dan Bahasa Melayu di bumi tercinta ini. Sekian, terima kasih. | Kami bersetuju dengan pandangan puan. Molek kiranya kita bersama-sama dalam satu keluarga (Kementerian Pelajaran Malaysia) menyuarakan kepada pihak atasan agar perkara ini diambil perhatian dan tindakan. Hal ini elok dibangkitkan dalam suasana memartabatkan tulisan Jawi dan yang paling terbaharu Melaka akan melaksanakan papan tanda tulisan Jawi mulai bulan Jun 2012. | Lain-lain | 19.05.2012 |