Ayat tunggal: a) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah. b) Kompang dimainkan oleh murid sekolah menengah. Ayat majmuk yang manakah betul? 1) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan menengah. 2) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah. | Menurut data kami, ayat di atas betul. | Tatabahasa | 10.07.2016 |
(1) Yoyo Cina perlu dimainkan dengan betul. (2) Cakera yang diimbangkan akan berpusing di atas tali semasa pemain menggerakkan kayu. Kedua-dua ayat di atas merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Mengapa? Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk. Ayat pertama merupakan ayat majmuk keterangan cara iaitu penggunaan perkataan "dengan". Manakala ayat kedua pula ialah ayat majmuk keterangan waktu iaitu penggunaan perkataan 'semasa". Sila rujuk buku tatabahasa Dewan muka surat 516 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
perkataan sandiwara dieja tanpa sempang. mengapa apabila diletakkan imbuhan apitan di..kan, jadi disandi-warakan? Contoh: cerita itu pernah disandi-warakan di radio. Terima kasih. | Tiada kata terbitan "di...kan" untuk "sandiwara". Ayat di atas mungkin lebih sesuai digantikan dengan "dimainkan" atau "diputarkan" menjadi "Cerita itu pernah dimainkan/diputarkan di radio." | Tatabahasa | 05.04.2015 |
Mohon beri nasihat tentang terjemahan untuk "hard core games". Konteksnya berkenaan dengan permainan yang dimainkan pada alat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Adakah "permainan tegar" sesuai digunakan? | Terjemahan hard core games kepada "permainan tegar" boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2015 |
apakah yang dimaksudkan dengan simfoni | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, simfoni ialah sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra; kumpulan pancaragam yang berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.
| Tatabahasa | 10.01.2013 |
1. Adakah setiap ayat yang mengandungi perkataan 'yang' merupakan ayat majmuk ? 2. Adakah ayat ini ayat majmuk : Permainan baling tin dimainkan di kawasan yang lapang. | Perkataan "yang" dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai kata hubung pancangan relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. | Tatabahasa | 21.08.2015 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "bumper car", iaitu merujuk kereta bumper elektrik yang dimainkan di taman tema oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Mohon dapat membantu. Terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu untuk bumper car ialah Kereta Laga. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2019 |
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "bumper car", iaitu merujuk kereta bumper elektrik yang dimainkan di taman tema oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Untuk makluman pihak tuan, saya sudah mencarinya di PRPM DBP, tetapi tiada maklumat tesaurus untuk kata "bumper car" Mohon dapat membantu. Terima kasih. | Cadangan kami bumper car diterjemahkan kepada kereta laga. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.12.2019 |
Soalannya ialah apakah usaha dan proses peningkatan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar utama pendidikan di Malaysia menggantikan peranan yang dimainkan oleh bahasa inggeris? | Soalan saudara memerlukan pembacaan dan kajian di perpustakaan, oleh itu, rujuk kertas kerja seminar/makalah/buku yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Apakah peranan anggota masyarakat dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antara bangsa? | Masyarakat Malaysia memain peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sama ada dalam negara ataupun peringkat antarabangsa. Pearanan yang harus dimainkan adalah yang berhubung dengan penulisan ilmiah dan kreatif yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa dan persembahannya. Kekuatan bahasa Melayu dalam negara dalam bidang sosial dan ekonomi akan mendorong warga luar untuk mempelajari dan menuturkannya. Dalam persidangan dan seminar di peringkat antarabangsa, masyarakat kita wajar menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan ucapan dan kertas kerja. Sebaran bahasa Melayu juga boleh dibuat melalui filem dan media cetak ke peringkat antarabangsa. | Lain-lain | 18.12.2006 |