Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimajukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DIMAJUKAN BAHAWASoalan puan tidak jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain09.01.2015
Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada/pada tujuh prinsip kejayaanPotensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada tujuh prinsip kejayaan.Tatabahasa06.12.2011
Sharkawi Che Din Apr 30th, 1:54pm Assalamualaikum, Mohon dimajukan kepada pegawai yang berkenaan. Saya ingin bertanyakan penyata jualan 2014 untuk buku-buku seperti yang disenaraikan: Animasi 3D: Asas Membina Model dan Teknik Animasi (2006) Animasi dan Reka Bentuk Penerbitan Tingkatan 4 & 5 (2007) Animasi 3D (Cetakan ke 2: 2006) Terima kasih Dr Sharkawi Che DinKami tidak dapat memanjangkan soalan YBhg. Dr. kepada pihak berkenaan kerana tiada maklumat dalam ruangan "Maklumat Pelanggan". Mohon YBhg. Dr. menghubungi Azhar Mohamad Dora, Ketua Bahagian Pemasaran, DBP melalui talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my.Lain-lain30.04.2015
Adakah padanan (main encat - stone skipping/skimming) diambil berdasarkan cadangan saya yang dimajukan dalam bentuk soalan melalui Khidmat Nasihat DBP yang bertarikh 14/08/2018 dan dijawab pada 17/08/2018?Hasil carian dalam data kami, perkataan encat diambil daripada glosari dialek pahang yang bermaksud pergerakan batu leper yang mencecah permukaan air secara berulang-ulang kali setelah dilayangkan batu leper.Lain-lain05.11.2018
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka.Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas.Lain-lain24.01.2017
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar.

1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok.

 
2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar.

Tatabahasa29.10.2009
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'telah' dalam penterjemahan sumber yang bercakap tentang peristiwa yang telah lepas. Adakah penggunaan 'telah' itu diperlukan dalam terjemahan? Contohnya: This message will be marked as forwarded many times. Terjemahan: Mesej ini akan ditandakan sebagai (telah) berkali-kali dimajukan. Sekian, terima kasih.

Perkataan "telah" boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan24.07.2019
Siapakah individu-individu, kumpulan, organisasi utama yang menyuarakan pendapat mereka tentang masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan?Semua rakyat boleh bersuara untuk menyuarakan pendapat tentang masalah penggunaan bahasa di tempat awam tetapi hendaklah melalui saluran yang betul. Masalah penggunaan bahasa tersebut boleh dimajukan terus kepada pihak berkuasa tempatan dan juga kepada Bahagian Dasar Bahasa, DBP yang menyediakan khidmat pemantauan bahasa pada papan tanda dan media massa. Tatabahasa04.09.2009
Tuan/puan, Saya diminta membentangkan tajuk: Pengalaman Mengembangkan Budaya Baca di Negara Malaysia dalam satu seminar di Jakarta pada 16 Julai 2009. Jadi saya ingin mendapatkan maklumat atau berkongsi pendapat dengan pihak DBP jika ada perancangan-perancangan untuk menarik minat masyarakat Malaysia untuk membaca yang telah dan akan dibuat dari dulu hingga sekarang. Jika ada dalam bentuk tulisan dan juga slide harap dapat dimajukan ke email saya. Terima kasih.Maafkan kami kerana kami tidak dapat melakukan itu melalui KNDBP kerana laman ini diwujudkan hanya untuk memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan serta korporat DBP. Untuk tujuan itu saudara perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu di Menara DBP, Kuala Lumpur.Lain-lain14.07.2009
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih.Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran.

Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun.  Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun  telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP  untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. 

Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas.
Lain-lain30.03.2012

Kembali ke atas