Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimaksudkan

Peribahasa

Jangan liat kurang panggang.

Bermaksud :

Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan teknik pembelajaran? apakah yang dimaksudkan dengan teknik hafalan? apakah yang dimaksudkan dengan latih tubi? apakah yang dimaksudkan dengan pencapaian?Teknik pembelajaran bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan proses memperoleh ilmu pengetahuan.  Teknik hafalan ialah kaedah membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya masuk betul dalam ingatan tanpa perlu melihat buku atau catatan. Latih tubi bermaksud latihan yang diulang-ulangi untuk menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Pencapaian bermaksud  apa yang telah dicapai atau prestasi.Makna01.04.2009
Apa dimaksudkan dengan dialektik budaya dan apa contoh dialektik budaya ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

dialektik ialah kaedah menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat melalui perbincangan, perdebatan dan kajian, yang dibuat secara teratur dan dapat diterima akal.
Contoh penggunaan:
Epistemologi Barat bukan berdasarkan kias, sebaliknya berdasarkan dialektik.

budaya pula terbahagi kepada empat makna iaitu:

1. cara hidup yang meliputi cara berfikir, kepercayaan dan adat yang diterima serta diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat:

Contoh penggunaan: Kita hendaklah mengkaji budaya Melayu Islam yang sebenar.

2. keadaan atau tingkat kehidupan yang maju dari segi fizikal, mental dan rohani; peradaban; tamadun:

Contoh penggunaan: Masyarakat orang asli yang terdedah kepada ilmu dan teknologi kini sudah mempunyai budaya tinggi.

3. perbuatan dan tingkah laku yang menjadi amalan sesuatu kelompok orang atau masyarakat:

Contoh penggunaan: Budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara.

4. pelbagai jenis seni spt muzik, filem, karya sastera dan sebagainya yang dianggap penting dalam perkembangan tamadun manusia:

Contoh penggunaan: Ilmu silat ialah cabang budaya seni mempertahankan diri yang dapat menanamkan sifat mulia dalam kehidupan harian.

Untuk memperoleh maklumat yang terperinci bagi konsep dialektik budaya, sila ikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan sosial, kemanusiaan dan falsafah. Misalnya dalam Sosiologi, dialektik budaya dilihat dalam kajian perubahan sosial, konflik budaya dan globalisasi. 

Makna10.12.2024
Apakah dimaksudkan dengan perkataan lugas?

Kata lugas dalam dialek Kedah bermaksud: 

1. menanggalkan atau melucutkan kesemuanya sekali barang kemas, pakaian dan sebagainya;

2. mengambil atau memetik kesemuanya sekali buah di atas pokok.

Ada juga kata melugas yang bermaksud berasa hendak tersedak.

Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu.
Makna05.09.2024
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang?

Tamadun  bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban;

Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.


Lain-lain11.07.2009
Apakah dimaksudkan dengan kovergen? -dari segi kamus dewan, istilah dean sebagainya........

Saudara Luqman,

Perkataan konvergen bermaksud tumpu ; yang berkaitan dengan sifat semakin dekat dengan satu nilai. (MAT)

Makna09.07.2009
apa dimaksudkan dengan perkataan 'PAROL'"Parol" ialah istilah undang-undang yang bermaksud 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dan sebagainya; 2. tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu.Istilah05.03.2009
Apa yang dimaksudkan dengan cendikiawan?Ejaan yang betul ialah cendekiawan.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) makna kata cendekiawan ialah:

cendekiawan چندکياون kata nama
orang atau golongan cerdik pandai atau berpendidikan tinggi yang menggunakan daya fikirnya untuk meneliti dan merenung pelbagai perkara dan menyebarkan ideanya kepada umum.

Contoh penggunaan:
Cendekiawan Islam silam mempunyai rahsia dan formula pemakanan mereka sendiri bagi tujuan kecerdasan dan kecergasan.
Makna01.11.2024
Apa yang dimaksudkan oleh pukul 5 pm ke bawah? Ia bermaksud sebelum pukul 5 pm/ selepas pukul 5 pm?

“Pukul 5 pm ke bawah”, merujuk kepada masa sebelum pukul 5.00 petang. Lazimnya, penggunaan perkataan sebelum dan selepas digunakan bagi memberikan gambaran jelas akan maksud ayat.

 

Berikut merupakan contoh ayat yang sesuai bagi menerangkan maksud sebelum dan selepas:

 

i.                    Minum petang disediakan selepas pukul 5.00 petang.

ii.                  Ibu meminta Ani pulang ke rumah sebelum pukul 5.00 petang.

Tatabahasa01.11.2024
Apakah yang dimaksudkan dengan semantik?Assalamualaikum wbt

Makna semantik menurut Nik Safiah Karim (2001) ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam sesuatu bahasa. Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,1997). Menurut J.W.W Verhaar (1996: 284), semantik ialah cabang linguistik yang membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984: 284) pula mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian linguistik yang objek penelitiannya ialah makna bahasa. Makna dalam sesuatu bahasa sentiasa mengalami perubahan dan berkembang mengikut peredaran masa.
Makna18.09.2024
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “gemerencang” ?

“Gemerencang” bermaksud bunyi seperti bunyi pedang berlaga.

 

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 658.
Makna16.09.2024
12345678910...

Kembali ke atas