Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimana atau di mana

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Kalau "di-mana" merujuk kepada tempat - "di" dijarakkan. Bagaimana dengan penggunaan "dimana" yang bukan merujuk tempat tetapi berfungsi seperti Kata Sendi Nama? "di" patut dijarakkan ataupun didekatkan? Contoh ayat: Peraturan telah ditetapkan, (dimana/ di mana) orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum. 2. Saya memetik penjelasan Kamus Dewan Edisi Keempat mengenai melantas - "tidak singgah atau berhenti dimana-mana" Kenapa "dimana-mana" di tidak dijarakkan sedangkan ia merujuk suatu tempat? Terima kasih.Salam sejahtera,
 1. Di mana -merujuk tempat sahaja dan sesuai digunakan dalam ayat tanya. Contoh: Di mana kamu tinggal? Contoh ayat yang encik gunakan di atas adalah salah. Ayat yang betul: "Peraturan telah ditetapkan, orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum".
2. "dimana-mana" seperti yang encik petik penjelasannya dalam KAmus Dewan Edisi Keempat adalah kesilapan penaipan sahaja. Yang betul ialah "di mana-mana". Sekian, terima kasih.
Tatabahasa09.10.2013
Tuan, Apakah beza penggunaan "dimana' dan "di mana" atau "didalam" dan "di dalam"? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah; di mana, di dalam.Ejaan25.09.2008
penggunaan perkataan dimana dan didalam merupakan datu patah perkataan atau dua?Perkataan di mana dan di dalam perlu dieja terpisah sebagai dua perkataan kerana kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.Ejaan08.09.2006
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang)Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.Tatabahasa08.03.2011
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya."1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan.Istilah28.05.2013
Dimana boleh saya dapat garis panduan untuk buat rujukan bila membuat iklan papan tanda. Spesifikasi kegunaan tulisan bahasa dan tulisan Inggeris dalam papan tanda iklan? Seperti size tulisan, gambar yang boleh digunakan etc.Garis panduan atau Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan, DBKL. Untuk makluman awal dalam mana-mana undang-undang kecil iklan mensyaratkan iklan mestilah dalam bbahasa kebangsaan dan jika ada bahasa-bahasa lain, bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan.Lain-lain20.09.2013
1). Apakah antara cabaran2 dbp dalam memartabatkan bahasa melayu ? 2). Bagaimanakah cara dbp menghadapi masalah seperti isu bahasa rojak yang merosakkan bahasa melayu itu sendiri? 3). Dimana pendirian dalam isu penggunaan bahasa inggeris dalam matematik dan sains? Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan konsep ini dalam sistem pendidikan kita. Dimanakah peranan dbp itu sendiri, adakah sudah terlaksana atau tercapai visi dan misinya? 4). Apakah peranan dbp dalam membina tamadun melalui penggunaan bahasa melayu?

Berhubung dengan permasalahan bahasa, saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Berkenaan dengan misi, visi dan peranan DBP, saudara boleh merujuk buku Citra: Dewan Bahasa dan Pustaka (terbitan DBP) yang boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  

Lain-lain09.02.2009
Saya adalah ahli jawatankuasa bahagian promosi di Universiti Malaya dimana saya ditugaskan untuk menggantung bunting di sekitar Kuala Lumpur. Soalan saya, adakah dibenarkan bunting menggunakan bahasa inggeris pada keseluruhan bunting? Soalan kedua bagaimana prosider untuk mendapatkan kelulusan bunting yang mana boleh dipamer atau tidak

Gegantung ("bunting") hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Bahasa Inggeris boleh dimasukkan sebagai bahasa kedua di sebelah bawah bahasa Melayu dan tulisannya hendaklah lebih kecil. Saudara boleh menghantar visual gegantung tersebut kepada Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu melalui faks 03-21422029 untuk disemak penggunaan bahasa Melayu.

Lain-lain10.02.2010
Salam.. Saya mencari kamus dewan dalam bentuk softcopy, yang mana akan membolehkan saya menyemak perkataan, ejaaan dan sebagainya. Jika ada, berapa harganya dan dimana boleh saya membelinya ?

Cadangan kami ialah Kamus Elektronik Dewan Eja Pro. Boleh didapati di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka atau cawangan yang berdekatan.

Lain-lain22.02.2010
saya telah menulis beberapa puisi dan saya berminat untuk menerbitkan puisi saya itu tetapi saya tidak tahu bagaimana dan dimana harus saya kemukakan semua puisi nukilan saya sendiri untuk disiarkan atau diterbitkan

Sdr. boleh mengirimkan puisi yang telah siap dikarang itu kepada pihak akhbar dan majalah untuk tujuan penerbitan. Pada kebiasaannya, akhbar mingguan tempatan menyediakan ruangan untuk menyiarkan puisi. Sdr. boleh mengirimkannya  kepada Editor Sastera dan Budaya, (pilih akhbar mana yang difikirkan perlu dan dapatkan alamat akhbar tersebut - yang pada kebiasaanya tertera di sudut kaki bahagian belakang akhbar tersebut).

Pihak sdr. juga boleh mengirimkan puisi tersebut di majalah terbitan DBP kepada: Editor, Majalah Dewan Pelajar/Majalah Dewan Siswa/Majalah Dewan Sastera/Majalah Pelita Bahasa (pilih yang mana difikirkan perlu), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.  

Akhirnya, selamat mencuba! Menulis teruskan menulis! Selamat berjaya!

Lain-lain17.12.2008

Kembali ke atas