Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimansuhkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hasrat Aiman untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan terpaksa dimansuhkan. Adakah perkataan 'dimansuhkan' dalam ayat di atas salah penggunaannya? Salam.Dimansuhkan bermakna dibatalkan.  Jadi penggunaan perkataan dimansuhkan dalam tersebut tidak salah.Istilah13.06.2014
adakah sebutan bahasa melayu baku telah dimansuhkan dalam sistem pendidikan dan media massa di malaysia?dan jika ia dimansuhkan apakah faktor- faktor yang menyebabkan ia dimansuhkan?Soalan saudara melangkaui skop Khidmat Nasihat Bahasa. Sila rujuk tulisan dalam akhbar/majalah atau buku yang berkaitan. Terima kasih.Lain-lain03.08.2008
Adakah penggunaan perkataan 'ia' telah dimansuhkan dan tidak digunakan pada masa sekarang? Saya ingin kepastian berkaitan dengan isu ini untuk masa akan datang. Terima kasih.Kata ganti "ia" masih digunakan apabila merujuk gantinama diri ketiga atau kata ganti benda yang dibicarakan.Tatabahasa04.11.2008
1) Adakah perkataan'bergu' yang bermaksud pasangan masih diterima? kerana perkataan ini tidak lagi wujud dalam kamus. 2) Adakah rangkai kata 'mereneh sup' sudah dimansuhkan? Kerana perkataan mereneh dalam kamus dewan telah merujuki maksud yang lain dan tidak lagi memberi contoh penggunaan yang bermaksud 'mendidih'.1. Perkataan yang diterima ialah"beregu" yang merujuk berpasangan. 2. Rangkai kata "mereneh sup" tidak dimansuhkan dan bermaksud "mendidih".Tatabahasa10.08.2014
Adakah arahan penggunaan nama bahasa Malaysia sudah ditarik balik (dimansuhkan)? Jikalau benar, mohon nyatakan pihak yang mengeluarkan arahan pemansuhan itu dan tarikhnya.
Tidak isu tentang pemansuhan penggunaan istilah bahasa Malaysia kerana mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Tidak ada pindaan kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.
Lain-lain23.12.2012
Saufi Subri TUE 8:19PM Salam, betulkah perkataan "maklumat" telah dimansuhkan dan diganti dengan perkataan "informasi"?Tidak ada pemansuhan kata maklumat atau kata-kata lain. Kata informasi sebagai pilihan kepada khalayak sama ada hendak menggunakan kata maklumat atau yang seerti dengannya.Istilah02.08.2016
Apakah kedudukan sistem baku dalam bahasa Melayu kini? Adakah sistem ini dimansuhkan atau dibekukan ?Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai sistem dan standard.Lain-lain12.05.2011
Salam. Adakah epilepsi diterjemah sebagai sawan gila babi? Jika ya, saya cadangkan terjemahan ini dimansuhkan kerana terjemahan ini agak melampau. Mohon dikemukakan cadangan saya. Terima kasoh.Epilepsi ialah sejenis penyakit saraf yang  menyebabkan seseorang tidak sedar dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan. Epilepsi juga dikenali sebagai sawan babi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=epilepsi atau Dewan Eja.Lain-lain03.05.2021
Maksud perkataan REPEALEDBerdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud perkataan repealed dalam bahasa Melayu ialah dimansuhkan.Istilah12.01.2010
Mengapa ejaan dato' perlu ditanda koma di atasnya? Setahu saya ejaan yang mempunyai koma di atas sudah dimansuhkan dalam bahasa Melayu melainkan untuk kata nama khas seperti nama orang dan tempat. Bukankah ejaan datuk lebih tepat dan mudah berbanding dato' ?Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu, manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan.Lain-lain16.01.2010
12

Kembali ke atas