Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimasak

Puisi
 

Buah berangan dimasak kari,
     Mari masak bersama lada;
Sapu tangan campak ke mari,
     Untuk menyapu air mata.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ikan yang dimasak oleh kakak hangit kerana dia terleka. Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka. ayat yang mana betul? terima kasih.Ayat yang tepat ialah 'Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka', hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaann makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).Tatabahasa08.03.2011
Emak memasak lauk di dapur. Ayat pasif ialah 1. Lauk dimasak oleh emak di dapur. atau 2. Lauk di dapur dimasak oleh emak. Terima kaish.Kedua-duanya betul.Tatabahasa09.07.2010
Soalan : Nasi yang dimasak oleh kakak _______ kerana apinya kuat. Yang mana satukan jawapan yang paling tepat untuk soalan di atas. a) Hangit b) HangusNasi yang dimasak oleh kakakĀ hangus kerana apinya kuat. Sila rujuk makna perkataan hangit dan hangus dalam kamus untuk membezakan makna antara kedua-duanya.Tatabahasa20.07.2012
1.Penukaran ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud ini betul? Contohnya, Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif:Ikan dimasak oleh ibu di dapur ATAU Ikan di dapur dimasak oleh ibu.(Yang manakah betul dan sesuai). 2. Adakah 'pada' diperlukan untuk menyatakan hari atau masa? Contohnya, Hari Isnin, saya pergi ke sekolah. ATAU Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah. Terdapat sesetengah buku rujukan yang memaklumkan kata 'pada' diperlukan dalam ayat yang menyatakan hari atau masa. Jika tidak, ayat ini dikatakan salah dari segi penggunaan tatabahasa, adakah benar?1. Ayat Aktif - Emak memasak ikan di dapur.
    Ayat Pasif - Ikan dimasak oleh ibu di dapur. 

2. Pada ialah kata sendi nama yang menunjukkan keterangan tempat atau masa, seperti Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah atau Saya bermain bola pada waktu petang. 

Tatabahasa07.03.2016
Salam, Apakah perkataan/imbuhan yang sesuai digunakan dalam ayat ini? Makan/makanan? Makanan malam telah siap dimasak oleh ibu. Makan malam telah siap dimasak oleh ibu. Apakah bezanya? Terima kasih.

Kedua-dua sama dan boleh digunakan. Makan malam diberikan makna Hidangan makanan di antara pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Namun dalam penggunaan lazim, agak jarang kita menuturkan makanan malam, cukup setakat makan malam.

Tatabahasa21.05.2014
Ibu memasak kari ikan di dapur. Kalau tukar ayat ini kepada ayat pasif ialah jawapan 1 atau 2 ? Boleh berikan penerangan . 1. Kari ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Kari ikan di dapur dimasak oleh ibu. Terima kasih.

Gina,

Sila lihat dan teliti penerangan ini - Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Tatabahasa06.07.2010
ISyafiq menelan sup ayam yang baru dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar. IIPembinaan lebuh raya itu menelan kos berjuta-juta ringgit. IIIJasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih. IVKerajaan Malaysia telah menelan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat. "Dalam keempat-empat ayat ada kesalahan tak?
Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Syafiq menghirup sup ayam yang bari dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar.
2. Pembinaan lebuh raya itu menelan kos jutaan ringgit.
3. Ayat " Jasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih" adalah
    betul.
4. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Tatabahasa26.04.2022
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ?

Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut. 


Tatabahasa27.09.2010
Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi. Ayat ini betul atau salah?Ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa01.10.2013
Agar-agar yang dimasak oleh ibu telah -------------. a.memejal b. melekit c.mengering d.mengental. Yang manakah yang betul ?Jawapan yang betul ialah mengental yang bermaksud hampir beku. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 742.Makna14.05.2008
12345

Kembali ke atas