Kenapa laman carian pantun tidak dapat dimasuki? | Untuk pantun - masukkan sebarang kata pada ruang carian, klik pada puisi akan keluar paparan utk pantun | Lain-lain | 18.01.2010 |
1)Hasrat Pak Cik Badrul memagari kawasan rumahnya dengan tembok agar tidak dimasuki pencuri tidak kesampaian apabila wang simpannya hilang.2)Seri Rama membawa kijang yang ditangkapnya dengan kandang yang diperbuat daripada buluh.TOLONG BETULKAN. | Kedua-dua ayat tersebut betul, sebaliknya jika tuan menyatakan ayat tersebut salah, sila nyatakan kesalahannya untuk kita bincangkan. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Apakah maksud jinjang? | Jinjang bermaksud 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana. | Lain-lain | 25.07.2010 |
Tuan, Apakah jawapan bagi ayat di bawah dan bolehkah tuan terangkan perbezaan penggunaan ketiga tiga kata adjektif berikut?Menurut kamus,maksud mereka hampir sama,saya agak keliru. "Keropok di dalam tin masih ___ kerana tinnya tidak dimasuki udara." A.rapuh B.garing C.rangup Terima kasih | Untuk makluman, pemilihan perkataan dalam ayat biasanya digunakan mengikut konteks walaupun ketiga-tiga perkataan membawa maksud yang sama. Perkataan yang betul dalam konteks ayat yang diberikan ialah: Keropok di dalam tin masih rangup kerana tinnya tidak dimasuki udara.
| Tatabahasa | 24.01.2018 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Cerita yang dibacanya tidak menarik dan (tawar). (b) Dia mendapat (tawar) kerja di syarikat perkapalan. (c) Dia (kosong) matanya kerana dimasuki habuk. (d) Penyewa rumah itu diminta (kosong) rumah secepat mungkin. (e) Dia (tapak) sahaja ke Bentong. (f) Ali duduk sambil (menduga) di atas tangga. (g) Halim (menduga) soalan itu dengan tepat. (h) Dia mengambil sekeping (bocor) dari atas meja itu. (i) Dia memasak kari dengan menggunakan (isi) lembu. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah. | 1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk. 3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah. | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Tuan, adakah frasa "dimasukkan ke dalam kamus" tepat tatabahasanya? Saya bertanya demikian kerana pada faham saya, "ke dalam" frasa sendi nama arah yang digunakan untuk benda yang beruang dan ruangnya nyata kelihatan. Dengan ada ruang yang nyata, barulah benda itu dapat dimasuki sesuatu dan dengan itu barulah frasa sendi nama arah "ke dalam" digunakan! Namun begitu, ruang "kamus" tidak kelihatan dan hanya dapat dibayangkan dalam fikir, maka ruang "kamus" dinamai ruang abstrak. Ruang abstrak "kamus" ini berisi kata, ilmu, ayat dan sebagainya. Kerana ruang "kamus" abstrak, maka tidak bolehlah digunakan frasa sendi nama arah "ke dalam" yang menyatakan ruang nyata! Saya berpendapat bahawa sendi nama "dalam" yang lebih patut digunakan kerana mencitrakan ruang abstrak, seperti dalam persidangan, dalam hal. Maka frasa yang betul "dimasukkan dalam kamus", misalnya: Bentuk bahasa yang sudah diterima oleh pemerintah harus dimasukkan dalam kamus - dimasukkan dalam kamus, bukan ke dalam kamus kerana ruang kamus abstrak. | Frasa "dimasukkan ke dalam kamus" adalah salah. Ayat yang betul ialah "dimasukkan dalam kamus" | Tatabahasa | 23.12.2016 |
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang? | Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut: 1. Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput. atau: Abang mengambil upah memotong rumput pada setiap petang. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani yang miskin di negara ini. (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.) 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya. (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas. Misalnya, bunga yang telah kembang itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ). | Tatabahasa | 09.04.2009 |