Assalamuaikum, boleh sahkan ejaan yang sebenar 3D (tiga dimensi) atau 3D (3-Dimensi)? Istilah ini digunakan dalam bidang seni grafik. terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 3D (tiga dimensi), contohnya audio 3D (tiga dimensi). | Istilah | 18.10.2014 |
Bagaimanakah cara penulisan 3D? 3-dimensi atau 3 dimensi? Terima kasih. | Cara penulisan yang betul ialah 3 dimensi | Lain-lain | 23.11.2018 |
Menurut (Goffee and Jones 1998), budaya organisasi terbahagi kepada dua dimensi iaitu 'sociability dan solidarity'. Daripada dua dimensi tersebut, lahir empat jenis budaya organisasi iaitu: 1. Communal Culture 2. Fragmented Culture 3. Networked Culture 4. Mercenery Culture Adakah istilah dalam bahasa melayu yang boleh digunakan untuk mentafsirkan dua dimensi budaya dan empat jenis budaya tersebut? Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk sociability ialah kebolehsosialan atau keramahan. Istilah untuk solidarity ialah perpaduan atau setiakawan. Tidak terdapat istilah khusus untuk empat jenis budaya yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut: 1. communal - komunal/perkauman 2. fragmented - berpecah 3. networked - berangkaian 4. mercenary - mata duitan | Istilah | 08.01.2013 |
DIMESION | DIMENSI | Istilah | 14.01.2011 |
Salam. Mohon penjelasan daripada tuan. Soalan saya : 1. Ayat ialah dimensi yang kedua bagi makna. Dimensi pertama ialah perkataan. Demikian juga ayat betul dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi makna :Contoh;” Hujan turun setiap hari di seluruh dunia.” Mengapa ayat ini salah dari segi maknanya? 2. Mohon penjelasan, makna ayat dan proposisi ayat serta contohnya. Sekian, Terima kasih | 1. Ayat tersebut tepat dari segi nahu tetapi salah dari segi semantik kerana tidak jelas atau tidak tepat maknanya. Contoh yang lain, ayat Ali hamil, juga tepat dari aspek nahunya tetapi salah dari segi semantinya. 2. Serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud. Maklumat proposisi ayat tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun jika tajuk preposisi yang tuan maksudkan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 28.03.2012 |
Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat ini? TK | Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. Perkataan bergaris ialah perkataan yang tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan penggunaan perkataan yang betul dan binaan ayat yang gramatis. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
assalam, perlukan bantuan penggunaan ayat dibawah ini: "Alami dimensi baharu di Perodua" Terima kasih atas kerjasama anda. | Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 05.08.2015 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. "Bill of Quantities" ialah suatu pernyataan terperinci kerja, bahan, bahagian/komponen, harga, dimensi, dan butiran lain, untuk mendirikan bangunan atau infrastruktur lain. Dokumen ini digunakan untuk tender dalam industri pembinaan. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Bill of Quantities" - Bil Kuantiti, Senarai Kuantiti atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih sekali lagi. | Bagi perkataan “Bill of Quantities”, terdapat padanan istilah dalam bidang kejuruteraan iaitu Jadual Bahan. | Istilah | 25.08.2019 |
Assalamualaikum. Yang manakah istilah atau perkataan lebih tepat, adakah "bulat" atau "bulatan" ("circle") merujuk kepada bentuk geometri dua dimensi. Jawapan tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang benar, Ahmad Nizar Salleh PPDS | Padanan circle dalam bahasa Melayu ialah bulatan, manakala bulat ialah round. | Istilah | 17.06.2010 |
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll. | Makna | 05.08.2014 |