Diminta pihak tuan memberi jawapan konsisten untuk terjemahan yang betul dan tepat bagi perkataan "coronavirus". Hasil carian di prpm menunjukkan jawapan berbeza dan bercanggah (rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=coronavirus&d=175768LIHATSINI) . Yang manakah istilah B. Melayu yang tepat? - koronavirus - virus korona - coronavirus Dan diharap pihak tuan juga dapat mengemas kini laman supaya istilah yang tidak betul dipadam untuk mengelakkan kekeliruan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat. Pihak kami mengambil maklum aduan daripada pihak puan dan akan membuat kemas kini jawapan. | Istilah | 16.03.2021 |
Diminta bantuan perkataan Jawi untuk : SAJIAN RAMADHAN | Ejaan jawi bagi perkataan SAJIAN RAMADAN ialah ساجين رمضان | Ejaan | 08.02.2020 |
diminta ejaan jawi untuk : SELAMAT TAHUN BAHARU CINA | Ejaan teks Jawi SELAMAT TAHUN BAHARU CINA - سلامت تاهون بهارو چينا | Ejaan | 19.01.2020 |
Diminta Bantuan perkataan jawi untuk : KEJURUTERAAN BESI | Ejaan jawi KEJURUTERAAN BESI ialah کجوروتراءن بسي | Ejaan | 31.12.2019 |
Diminta Bantuan perkataan jawi untuk : KEDAI JAM | Ejaan jawi bagi KEDAI JAM ialah کداي جم | Ejaan | 21.12.2019 |
Diminta Bantuan perkataan jawi untuk : 1) PUSAT JAGAAN KANAK - KANAK 2) TADIKA terima kasih | Salam sejahtera, Ejaan jawi ialah seperti berikut: PUSAT- ڤوست JAGAAN- جاݢاءن KANAK-KANAK- TADIKA- تاديكا | Lain-lain | 14.11.2019 |
Diminta DBP memberi padanan istilah 'boba' iaitu sejenis makanan kenyal berbentuk mutiara diperbuat ubi kayu dan dicampur dalam minuman 'bubble tea' (minta padanan untuk bubble tea juga jika ada, ataupun teh mutiara memadai kerana itu yang digunakan wikipedia bahasa indonesia?). | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2018 |
Diminta khidmat nasihat DBP untuk memeriksa susunan ayat dan ayat terbaik untuk pernyataan ini. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Makna | 10.03.2017 |
diminta senaraikan sinonim dan antonim bagi sekolah rendah. | Sinonim ialah kata-kata yang sama atau yang hampir sama maknanya manakala antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Saudara boleh merujuk buku bahasa yang berkaitan untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan tersebut. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Diminta jasa baik /tuanpuan untuk mengesahkan atau membetulkan mana-mana terjemahan yang tidak tepat. Untuk pengetahuan pihak puan, ini adalah permintaan dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Equipment description Perihal Peralatan Slug Catcher Penangkap Slug By Pass Vessel Pengandung Pirau Gas Scrubber Penggosok Gas Launcher/ Receiver Pelancar/Penerima HP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan HP By Pass Flash Separator Pemisah Kilat Pirau LP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan LP Fuel Gas Scrubber Penggosok Gas Bahan Api HP Flare Scrubber Peggosok Api HP Foam Tank Tangki Busa Sekali lagi, jasa pihak tuan/puan amat dihargai. | Soalan saudara ini tidak jelas dan senarai istilah tidak tersusun. Walau bagaimanapun, kami telah menjawab soalan ini pada soalan no.17068. | Istilah | 20.02.2010 |