mohon pertanyaan dimuatnaik dieja rapat atau jarak contoh: a.dimuatnaik b.dimuat naik | Ejaan yang betul ialah dimuat naik. | Ejaan | 02.08.2013 |
Tuan/Puan, Saya telah buat bayaran untuk pendaftaran papan iklan perniagaan pada hari 21/03/2018, tetapi statusya belum bayar lagi. Bukti pembayaran telah dimuat naik dalam lampiran fail. Terima kasih. | 1. Sila maklumkan secara terperinci nombor permohonan iklan tuan untuk tindakan kami selanjutnya. | Lain-lain | 26.03.2018 |
Apakah padanan bahasa Melayu untuk konsep dan istilah tagging dan geotagging yang selalu digunakan dalam media sosial? Tagging merupakan perbuatan yang selalunya dilakukan di Facebook untuk membuat kenalan melihat kiriman yang dikongsikan dengan menulis nama mereka. Geotagging pula digunakan di Instagram untuk memadankan gambar yang dimuat naik dengan lokasi (koordinat GPS) di mana gambar itu diambil. | Dalam Kamus Komputer, pengetagan titik semakan (checkpoint tagging) ialah proses menandakan tempat tertentu dalam atur cara sebagai titik semakan bagi tujuan penyemakan atur cara. Berpandukan ini, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk tagging ialah "pengetagan", manakala geotagging ialah pengetagan lokasi. | Istilah | 01.11.2018 |
Adakah perkataan selfie merupakan perkataan baharu dalam kamus?? jika benar.. apakah maksud perkataan tersebut serta perkataan selfie merupakan kata dasar bagi apa?? | Berdsarkan dapatan di Internet, Selfie ialah sejenis gambar potret diri sendiri yang diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon, dan biasanya diambil dalam sudut tertentu oleh empunya gambar itu sendiri sebelum ia dimuat naik ke laman sosial. Menurut data perkataan selfie terakam pada tahun 2002 lagi di Australia, namun perkataan ini menjadi popular pada tahun 2013 lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan tokoh dunia. Perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan.
| Istilah | 11.01.2014 |
Saya pelajar peringkat ijazah sarjana di UKM dalam proses menyiapkan tesis saya. Persoalan saya berkaitan dengan pengistilahan yang saya gunakan untuk digunakan dalam penulisan malah dalam kertas kerja yang bakal saya bentangkan di persidangan mahupun yang diterbitkan di dalam jurnal. Saya juga ingin memetik (quote) penjelasan tentang istilah ini di dalam kajian saya, agar sekiranya terdapat rujukan yang akan datang boleh menggunakan istilah yang sama. Bahasa Inggeris /Bahasa Malaysia Technological Pedagogical Content Knowledge/ Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan* Technological Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogi Technological Content Knowledge/Pengetahuan Teknologi Kandungan Pedagogical Content Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Kandungan* Technological Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Content Knowledge/Pengetahuan Kandungan Untuk pengetahuan pihak tuan, saya pernah terjumpa beberapa artikel yang diterbitkan dalan jurnal dan yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah bahasa sendiri yang menggunakan istilah bertanda *. Sekiranya dapat disahkan istilah ini dan dimuat naik ke dalam portal PRPM atau DBP lebih baik. Terima kasih | Untuk makluman puan, semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, puan boleh menggunakan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan dan disahkan. | Istilah | 10.09.2012 |