| Mohon semakan terhadap ayat di bawah: Semoga terus memperolehi kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima ksih. | Semoga terus memperoleh kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. | Tatabahasa | 10.04.2015 |
| Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mendoakan sesiapa pun yang membaca mesej ini supaya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Nama saya Nazry Salam, seorang penulis bebas. Izinkan saya bertanya. Adakah pihak DBP ada rancangan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan sayembara sains angkasa? Sekian sahaja. Jutaan terima kasih didahulukan. Wassalam. Nazry Salam | Wa`alaikumussalam. Saudara boleh terus merujuk pada laman sesawang DBP dengan klik pada capaian iklan tersebut atau terus menghubungi pihak urus setia. | Lain-lain | 24.12.2013 |