Selamat petang tuan. Mengapakah universiti dalam bahasa Melayu tidak dinamai "pusat pengajian tinggi", seperti Pusat Pengajian Tinggi Malaya, Pusat Pengajian Tinggi Sains Malaysia? Mengapakah dinamakan "universiti"? Kata "universiti" kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan telah melalui penyesuaian ejaan yang sedikit sahaja, jadi bunyi bahasa Inggeris "university" itu tampak sangat. Ini yang dikatakan kata pinjaman bahasa Melayu yang keinggerisan. Dalam bahasa Melayu, sudah sedia ada frasa "pusat pengajian tinggi" untuk menunjukkan sekolah mahasiswa, oleh itu, mengapakah kata "university" daripada bahasa Inggeris dipinjam lagi untuk menjadi "universiti"? Frasa "pusat pengajian tinggi" kata bahasa Melayu jati! | Perkataan "universiti" telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. | Istilah | 28.11.2016 |
Tuan DBP, adakah wujudnya cerita (predikat) yang berbentuk klausa? Klausa sebegini dinamai klausa predikat oleh Tuan Asraf di dalam buku beliau Petunjuk Bahasa Melayu KBSM (1989) pada halaman ke-210. Contoh ayat yang bercerita klausa: Pelita itu sudah dikecilkan apinya. Benda (subjek) frasa nama "pelita itu" dan cerita "sudah dikecilkan apinya". Cerita berbentuk klausa kerana mempunyai benda "apinya" dan cerita "sudah dikecilkan". Keterangan tentang cerita klausa tidak ada di dalam Tatabahasa Dewan, tetapi bolehkah kita kira bahawa cerita klausa tidak wujud di dalam nahu bahasa Melayu? Keterangan Tuan Asraf waras pada saya. Pohon tuan meneliti ayat-ayat contoh yang saya berikan dalam WordPad, adakah cerita-cerita di dalam ayat contoh WordPad berbentuk klausa? | Tuan, soalan yang memerlukan penyelidikan dan kajian ini sebaiknya diajukan kepada ahli bahasa yang lebih pakar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.12.2016 |
apa itu ciri-ciri penanda wacana? | Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1 | Tatabahasa | 13.02.2007 |
TERANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG PENANDA WACANA? | Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. | Tatabahasa | 17.03.2007 |
penanada wancana yg hebat 1.berikan contoh 2.kegunaaan | Dalam penulisan surat rasmi terdapat penggunaan ungkapan yang menunjukkan perkaitan fikiran yang dengan sendirinya membayangkan perkaitan peristiwa yang berlaku. Ungkapan ini dinamai penanda wacana kerana wujudnya itu sudah merupakan isyarat bagi berlakunya sesuatu peristiwa. Penanda wacana adalah seperti penanda rujukan,penanda perintah,penanda penyertaan,penanda makluman, penanda sebab-musabab, penanda perwakilan, penanda matlamat, penanda pendapat dan sebagainya. Untuk rujukan lanjut dan bacaan tambahan sila dapatkan buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBP. 1 | Tatabahasa | 09.09.2006 |
apa maksud 'PERLIS INDERA KAYANGAN'. terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, indera ialah dewa, manakala kayangan ialah negeri tempat dewa-dewa. Mungkin disebabkan kedudukan Negeri Perlis di sebelah atas Semenanjung, maka negeri tersebut dinamai sedemikian. Walau bagaimanapun, saudara hendaklah menghubungi Kerajaan Negeri Perlis untuk mengetahui pengertian sebenarnya. | Makna | 08.07.2009 |
Apakah maksud fail timbul? | Fail timbul atau fail terapung ialah fail yang mengandungi salinan surat daripada fail induk atau fail asal. Fail ini digunakan oleh ketua atau pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk mengambil tindakan tanpa perlu menggunakan fail induk. Dalam bahasa Inggeris fail ini dinamai floating file. | Lain-lain | 18.11.2008 |
Puisi Jepun berlatarbelakangkan gambar dikenali sebagai *Haiga. Sebarang puisi Melayu yang berlatarbelakangkan gambar boleh digelar sebagai apa? Adakah *puisigraf sesuai? | Salam sejahtera, Puisi Melayu yang berlatarbelakangkan gambar. Haiga ialah seni estetika Jepun yang menggabungkan seni visual (lukisan) yang disertai dengan puisi. Di Malaysia, Balai Seni Visual Negara telah menerbitkan Koleksi Puisi (2012) yang diilhami daripada seni lukisan. Puisi yang diilhami daripada lukisan atau visual setakat ini dinamai sebagai "puisi nukilan". Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 02.07.2021 |
Tuan, adakah frasa "dimasukkan ke dalam kamus" tepat tatabahasanya? Saya bertanya demikian kerana pada faham saya, "ke dalam" frasa sendi nama arah yang digunakan untuk benda yang beruang dan ruangnya nyata kelihatan. Dengan ada ruang yang nyata, barulah benda itu dapat dimasuki sesuatu dan dengan itu barulah frasa sendi nama arah "ke dalam" digunakan! Namun begitu, ruang "kamus" tidak kelihatan dan hanya dapat dibayangkan dalam fikir, maka ruang "kamus" dinamai ruang abstrak. Ruang abstrak "kamus" ini berisi kata, ilmu, ayat dan sebagainya. Kerana ruang "kamus" abstrak, maka tidak bolehlah digunakan frasa sendi nama arah "ke dalam" yang menyatakan ruang nyata! Saya berpendapat bahawa sendi nama "dalam" yang lebih patut digunakan kerana mencitrakan ruang abstrak, seperti dalam persidangan, dalam hal. Maka frasa yang betul "dimasukkan dalam kamus", misalnya: Bentuk bahasa yang sudah diterima oleh pemerintah harus dimasukkan dalam kamus - dimasukkan dalam kamus, bukan ke dalam kamus kerana ruang kamus abstrak. | Frasa "dimasukkan ke dalam kamus" adalah salah. Ayat yang betul ialah "dimasukkan dalam kamus" | Tatabahasa | 23.12.2016 |
Soalan 1: Agensi kami menjalin kerjasama dengan LAPAN di Indonesia. Ketua Pengarah akan ke negara berkenaan untuk mengadakan mesyuarat dan membincangkan projek kerjasama. Yang manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan bagi mesyuarat ini sama ada Mesyuarat Kerja ARSM-LAPAN atau Mesyuarat Kerjasama ARSM-LAPAN? Apakah makna sebenar Mesyuarat Kerja? | Penggunaan frasa yang betul ialah "Mesyuarat ARSM - LAPAN", kecuali apabila melibatkan jawatankuasa kerja bolehlah dinamai "Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ARSM - LAPAN". | Tatabahasa | 13.04.2012 |