Adakah "Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming" boleh ditulis sebagai "Dinasti Song, Yuan dan Ming"? Terima kasih. | Ya perlu ditulis "Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming" | Lain-lain | 18.01.2018 |
Perkataan dinasti apabila dikaitkan dengan nama khas Ming, Tang sebagainya, huruf d besar atau kecil. Kerana saya tidak menjumpai isyarat huruf besar dalam Kamus Dewan edisi keempat. | Kata Dinasti Ming, Dinasti Tang yang merupakan nama khas dieja dengan huruf besar . | Ejaan | 20.03.2008 |
Saya keliru sama ada perlu huruf besar atau tidak: 1) Empayar Timurid/ empayar Timurid? 2) Dinasti Ming/ dinasti Ming? 3) Kerajaan Uthmaniyah/ kerajaan Uthmaniyah? 4) Sungai Johor/ sungai Johor? 5) Sultan Johor ke-3/ sultan Johor ke-3? Dan boleh terangkan/huraikan sebabnya jika perlu digunakan huruf besar, kenapa? Atau jika perlu digunakan huruf kecil, kenapa? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 1. Empayar Timurid 2. Dinasti Ming 3. Kerajaan Uthmaniyah 4. Sungai Johor 5. Sultan Johor Ke-3. Kesemua perkataan yang diberikan merupakan kata nama khas. Oleh yang demikian, perlu dieja dengan huruf besar pada awalan perkataan tersebut. Bagi kata nama am, perlu dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 10.07.2022 |
Adakah "pada Dinasti Qing" dan "pada zaman Dinasti Qing" itu membawa maksud yang sama? "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu." Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Penggunaan ayat "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu."tersebut betul. | Makna | 18.01.2018 |
1. ...dinasti pertama Zaman Mesir Kuno... atau 2. ... Dinasti Pertama Zaman Mesir Kuno... | Ayat nombor 2, iaitu “... Dinasti Pertama Zaman Mesir Kuno ...” adalah betul. | Ejaan | 19.12.2024 |
Kepada tokoh bahasa yang berpengalaman dan dihormati, Di sini saya ingin bertanyakan perihal huruf besar dan huruf kecil suatu frasa. Contoh: a) bahasa Melayu atau Bahasa Melayu b) sungai Lembing atau Sungai Lembing c) dinasti Han atau Dinasti Han Saya tidak tahu yang manakah betul. Tetapi saya selalu menggunakan pilihan yang pertama, iaitu bahasa Melayu, sungai Lembing dan dinasti Han. Saya menjadikan "bahasa, sungai dan dinasti" huruf kecil kerana saya berasa bahawa golongan ini bukan Kata Nama Khas, sebaliknya, golongan ini terkandung dalam Kata Nama Am. Manakala "Melayu, Lembing dan Han" merupakan nama yang dikhaskan untuk sesuatu, jadi saya meletakkan huruf besar. Pada pandangan tuan, hendak memilih pilihan yang pertama atau pilihan yang kedua? Pada masa yang sama, berdasar pada pilihan jawapan di bawah, yang manakah adalah betul? 1. a) Kata Nama Am b) kata nama Am c) kata nama am 2. a) Kata Nama Khas b) kata nama Khas c) kata nama khas Tolong bantu saya mahir dalam bidang bahasa. Terima kasih saya lafazkan. | Kata ‘bahasa’, sungai’ dan ‘dinasti’ merupakan kata nama am, maka ditulis dalam huruf kecil sahaja. Kecuali sebagai tajuk atau merujuk kepada nama nama khas, perkataan tersebut ditulis dalam huruf besar. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
Selamat petang. Saya tidak berpeluang melihat karya lukisan Maharaja Huizong (dari / pada) Dinasti Song yang tersimpan di Muzium Istana Kota Larangan. Dalam ayat di atas, "dari" dan "pada" yang manakah lebih sesuai? Atau ditulis sebagai Maharaja Huizong Dinasti Song? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya tidak berpeluang melihat karya lukisan Maharaja Huizong daripada Dinasti Song." | Tatabahasa | 21.06.2024 |
Selamat pagi. Antara "kerajaan Dinasti Ming" dengan "kerajaan Ming", yang manakah lebih sesuai? Apakah dua frasa ini mempunyai maksud yang berbeza? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah Dinasti Ming. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 530. | Tatabahasa | 30.03.2024 |
Salam sejahtera, Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang tiga soalan di bawah: 1. Tajuk buku "The complete book of Li Gu" ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai "Buku Lengkap tentang Li Gu"? 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai Dinasti Pra-Qin dan Dinasti Qin terkemudian? 3. Bolehkah perkataan atau istilah (yang berkaitan dengan keagamaan) seperti "berkhutbah", "fatwa", "pentahbisan", "memakrifatkan", "berdakwah" dan "mazhab" digunakan dalam konteks agama Buddha? Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. The Complete Book of Li Gu: Buku Lengkap tentang Li Gu 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty: Pradinasti Qin dan Seterusnya Istilah seperti berkhutbah, fatwa, mazhab hanya digunakan dalam konteks agama Islam. Tuan perlu mencari perkataan bahasa Melayu yang semakna dan bersesuaian mengikut konteks penggunaan ayat. | Makna | 17.09.2020 |
Mohon penjelasan. Dua ayat di bawah, yang manakah betul: 1. Cap mohor pada Dinasti Qin dibuat dengan tulisan yang digelar “moyinzhuan” (secara harfiah, "skrip mohor untuk cap mohor"). Kalau ayat ini betul, adakah perkataan "moyinzhuan" boleh digunakan terus dalam teks yang seterusnya? ATAU 2. Cap mohor pada Dinasti Qin dibuat dengan tulisan yang digelar “skrip mohor untuk cap mohor” (moyinzhuan). p Jikalau ayat ini betul, adakah ungkapan "skrip mohor untuk cap mohor" boleh digunakan dalam teks yang seterusnya? Terima kasih. | Penggunaan ayat pertama lebih baik berbanding ayat kedua. Untuk ayat seterusnya perkataan "moyinzhuan" boleh digunakan. | Lain-lain | 24.08.2017 |