Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (menjadi) beku kerana terlampau sejuk (bkn cecair spt air dll); mendinginbekukan menjadikan beku dgn menyejukkan berlebih-lebihan: cecair karbon dioksida ini mudah didinginbekukan menĀ­jadi pepejal; terdingin beku (telah) menjadi beku kerana terlampau disejukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beku kerana terlalu sejuk (bkn air dll). mendingin beku menjadi beku (bkn air dll) kerana disejukkan dgn berlebih-lebihan. mendinginbekukan menjadikan cecair (spt air) beku dgn menyejukkannya berlebih-lebihan. terdingin beku telah menjadi beku kerana terlampau sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin beku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejehtera. A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebentuk pingat keberanian. B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini. C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu. D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan. Mohon pandangan tuan, ayat yang mana betul ? Terima kasih.

Salam Sejahtera,
Ayat yang betul ialah ayat D, walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat ialah makanan sejuk beku. Ayat A ( pembetulan- mengurniakan sebentuk pingat); Ayat B ( pembetulan- menghidangi kami) ; Ayat C (pembetulan – saling membantu).

 

Tatabahasa24.07.2018
Tuan, Apakah jawapan yang paling sesuai ? 1. Kerana terlalu dingin, kedua-dua belah kakinya telah _________. A. kejur B. lenguh C. beku. terima kasih.Jawapan yang paling sesuai untuk ayat "Kerana terlalu dingin, kedua-dua belah kakinya telah .............A. kejur.Tatabahasa17.11.2016

Kembali ke atas