Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diolah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah parkataan yang sesuai diguna antara diolah dan diulas?dan apakah perbezaan makna perkataan tersebut?

Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat kerana membawa maksud yang berbeza. Olah ialah 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; Ulas pula ialah juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir;

Lain-lain14.08.2010
Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang lebih baik bagi frasa "signal processing", merujuk kepada data komputer yang diproses/diolah dengan program pengaturcaraan? Pemprosesan isyarat atau pengolahan isyarat?Istilah yang digunakan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat untuk signal processing ialah pemprosesan isyarat.Istilah29.08.2018
Saya ingin menerbitkan hasil penulisan thesis yang mana bahan tersebut belum pernah diterbitkan, namun saya tidak tahu bagaimana caranya.Bahan tesis yang hendak diterbitkan perlu diolah semula sebelum boleh diterbitkan. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Garis Panduan Daripada Tesis Kepada Buku. Sila dapatkan garis panduan ini untuk membantu puan mengolah semula bahan tesis, sebelum dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, DBP.Lain-lain06.01.2010
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010
saya memang minat untuk menulis,boleh tak beri saya beberapa tip untuk menulis dengan betul.. anak noor

Untuk menghasilkan karya yang baik berikut disenarai beberapa tip khususnya dalam penulisan kreatif, iaitu puisi, cerpen, novel dan drama:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca

Untuk makluman, puan boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih 

Lain-lain02.07.2009
Takrif 'fulamak' dan kenapa ia hanya tersenarai dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan dan tiada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4?

Merujuk soalan yang tuan kemukakan berkenaan dengan perkataan ‘fulamak’ dalam Kamua Inggeris Melayu Dewan, perkataan tersebut merupakan padanan untuk kata “buggered” dan diambil sebagai tujuan terjemahan. Dalam kamus baharu yang sedang di peringkat akhir penyemakan pruf, pihak kami ada memasukkan perkataan tersebut sebagai entri dan diolah seperti yang berikut:

 

fulamak

فولامق

[fu×lA×mA/]

slgsrkata utk menyatakan rasa kagum atau seronok:Fulamak! Senyuman manjanya membuat hatiku bergelora. 

 

Makna20.09.2018
Salam sejahtera, saya ada 2 soalan tentang kata pemeri. Harap pihak Tuan dapat membantu. Adakah kedua-dua ayat ini gramatis? Ayat 1: Dua perkara yang dilakukan Cikgu Hassan adalah mengajar Matematik dan melatih pemain bola. Ayat 2: Salah satu cara menyihatkan badan ialah berlari-lari anak. Bagi frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama, bolehkah ia menerima kata pemeri 'ialah'? Terima kasih.1.  Ayat pertama tidak gramatis dan perlu diolah semula. Penggunaan kata pemeri tidak sesuai dalam ayat.

2. Ayat yang betul ialah Salah satu cara menyihatkan badan adalah dengan berlari-lari anak.
Tatabahasa11.05.2017
Saya Huda Samea sedang belajar bahasa melayu dasar di universiti Fatani Thailand, ingin bertanya, apakah langkah dasar dalam bermula tulis karangan bahasa Melayu ? Terima Kasih.Untuk permulaan menghasilkan karangan yang baik, puan disarankan supaya membaca banyak bahan bacaan ilmiah. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Puan juga boleh merujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004.Lain-lain24.10.2013
saya Afnanee Panae sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,uiy.Ingin bertanya DBP,Apakah cara mula menuulis karangan bahasa Melayu.Terimakasih.Untuk permulaan untuk menghasilkan karangan yang baik, puan disarankan supaya membaca banyak bahan bacaan ilmiah. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Puan juga boleh merujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004.Lain-lain24.10.2013
Assalamualaikum, jika saya ingin mendapatkan bantuan penyemakan cerpen yang saya tulis adakah pihak tuan menyediakan perkhidmatan itu. Saya baru balajar mungkin banyak yang perlu diperbaiki.

Tidak ada khidmat untuk menyemak karya kreatif (termasuklah cerpen) karya individu. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan beberapa panduan untuk menghasilkan karya yang baik, antaranya ialah:

1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan.

2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik.

3. Karya mempunyai nilai-nilai murni.

4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca.

5. Karya juga ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan betul.

Untuk maklumat, saudara boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP.

Tatabahasa02.05.2013
12

Kembali ke atas