Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.pa.kai] | دڤاکاي

Definisi : bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipakai

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(26)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Topi yang dipakai oleh petani atau tukang kebun dipanggil topi yang besar atau topi yang lebar?Topi yang dipakai oleh petani atau tukang kebun dipanggil topi yang lebar kerana saiznya diukur berdasarkan kelebarannya.Lain-lain15.05.2025
Assalamualaikum tuan/ puan Dalam laman web ini dipakai perkataan 'maksud' dan ' bermaksud' untuk memberitahui terjemahan atau pengertian sesuatu perkataan. Kenapa tidak dipakai 'makna' atau 'bermakna'.... Sekian terimakasihPerkataan makna dan maksud merupakan sinonim. Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti.Tatabahasa24.03.2016
Salam sejahtera, Pegawai-Pegawai DBP. Soalan: Pakaian ini dipakai oleh semua Pegawai Bomba dan dibezakan mengikut tanda warna dan tanda pangkat. Pakaian ini boleh juga dipakai dalam perbarisan-perbarisan rasmi Jabatan di mana pemakaiannya adalah seperti yang diarahkan. Adakah 'di mana' tersalah digunakan dalam ayat penyata tersebut? Hal ini demikian kerana tiada perjumpaan/kekurangan sumber yang boleh dipercayai untuk membuktikan kesalahan tertentu di laman web (Sebagai rujukan). Terima Kasih *100

Penggunaan perkataan di mana dalam konteks ayat yang diberikan tidak betul. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan di mana mempunyai dua fungsi, iaitu:

1. Digunakan untuk menanyakan tempat, perkara dan sebagainya yang tidak diketahui. Contoh dalam ayat, Di mana boleh saya menjual sayur-sayuran ini?
2. Menunjukkan sesuatu dilakukan berdasarkan keupayaan, keperluan dan kesesuaian. Contoh dalam ayat, Sebagai isteri, beliau membantu di mana perlu.

Tatabahasa18.11.2021
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk pakaian yang sudah tidak boleh dipakai kerana tidak muat. adakah ketat, sempit atau sendat? terima kasih.Ketat, sama makna dengan sempit, sendat ataupun tidak longgar. Tidak ada satu perkataan yang khusus merujuk pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat. Pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat berkemungkinan kerana ketat/sempit/sendat.Tatabahasa30.06.2008
Ibu (dijahitkan) dua pasang baju kurung (oleh) kakak untuk dipakai pada hari raya (yang) akan datang. Dalam ayat ini ada kesalahan tak?Ayat “Ibu dijahitkan dua pasang baju kurung oleh kakak untuk dipakai pada hari raya akan datang” betul.Lain-lain24.03.2022
Selamat sejahtera tuan, Lazimnya baju hanya dipakai pada sebelah luar sahaja.(Maksud ayat hendak menjunjukkan baju boleh digunakan pada dua-dua belah, luar dan dalam)- laras bahasa fesyen. Harap tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar segela. Terima kasih.Ayat "Lazimnya baju hanya dipakai pada sebelah luar sahaja" boleh digunakan untuk laras bahasa fesyen.Lain-lain24.08.2016
Apakah padanan untuk "inner" baju? Pakaian ini dipakai oleh para Muslimah untuk menjaga aurat ketika memakai pakaian yang agak jarang atau berlengan pendek. Namun jika padanannya "pakaian dalam" atau "baju dalam", bukankah itu merujuk kepada anak baju yang membawa imej yang amat berbeza?Cadangan kami terjemahan untuk perkataan inner yang kebiasaannya dipakai oleh muslimah ialah pakaian lapis dalam.Makna08.01.2022
adakah perbezaan perkatan-perkataan berikut: -Baru -Baharu -Bharu

Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi.

kata bharu digunakan pada tempat yang telah digazetkan contohnya Kota Bharu.

Tatabahasa21.04.2008
Menggeledah atau menggeladah yang betul? Atau mana satukah yang lebih lazim dipakai?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menggeledah bermaksud memeriksa dengan tujuan mendapatkan sesuatu (barang curian, senjata haram, dan lain-lain), menyelongkar (rumah dan lain-lain), menggeladah. Oleh itu, menggeledah dan menggeladah adalah sama dan kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, yang lazim dipakai ialah menggeledah.Ejaan09.05.2012
Apakah perbezaan antara"patik","hamba" dan "tuan hamba"? Terima kasihTuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.

Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja).
Tatabahasa20.11.2013
12345678910...

Kembali ke atas