Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipamerkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas.1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul
2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka.
3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas.
Tatabahasa15.03.2012
Salam, antara ayat ini yang manakah lebih betul? 1. Projek sains oleh murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. 2. Projek sains daripada murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Tidak ada mana-mana antara kedua-dua ayat tersebut yang lebih betul.

Tatabahasa24.02.2014
Salam, saya ingin bertanyakan kata pemeri. Apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu _________ rekaan semata-mata. Terima kasih.Kata pemeri yang tepat ialah "ialah".

Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu ialah rekaan semata-mata.
Tatabahasa13.09.2013
untuk ayat berikut yang mana dicungkil daripada sebuah karangan bertajuk "Aku Sebuah Basikal": ......Aku dipamerkan dan ditunggu untuk dibeli orang. Ada kesalahan dari apa-apa aspek bahasa? Sebab ayat ini digariskan and jelas mempunyai masalah tetapi saya tidak dapat mengenalpasti kesalahan tersebut. terima kasih~Ayat yang lebih gramatis ialah Aku dipamerkan dan menunggu untuk dibeli.Tatabahasa25.05.2013
BAGAIMANA KAMI HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN UNTUK MELETAKAN SIGNBOARD UNTUK DIPAMERKAN DILUAR BANGUNAN PKNS DILAMPIRKAN BERSAMA GAMBAR SIGNBOARD

 

 

1. Untuk mendapatkan pengesahan bahasa visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Sila rujuk panduan proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa  3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan.

2. Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu contohnya,   PEJABAT URUSAN atau teks yang bersesuaian di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan.

 

Lain-lain14.01.2020
Mohon semak ayat ini atau boleh diringkaskan lagi untuk dipamerkan di premis PPUKM. Terima kasih. ' Sila pastikan keselamatan barang-barang milik peribadi tuan/puan sepanjang masa semasa tuan/puan berada di dalam kawasan PPUKM. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian atas barang-barang milik tuan/puan. Terima kasih. 'Ayat yang betul seperti yang berikut:

Sila pastikan barangan peribadi anda berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di dalam kawasan PPUKM. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian barangan peribadi anda.
Penyemakan dan penterjemahan23.04.2014
ketumbukanSaya melihat bahawa mungkin terdapat kekeliruan dalam maksud ketumbukan yang dipamerkan dalam laman ini.Saya dapati bahawa ianya ditakrifkan sebagai sepasukan atau sekumpulan tentera bawah perintah seorang mejar jeneral.Saya tidak faham kenapa perkataan mejar jeneral berada disitu. Bagaimana kalau ia dibawah leftenan jeneral atau jeneral? munglin lebih sesuai jika perkataan panglima tentera digunakan kerana ia lebih umum.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ketumbukan ialah pasukan atau kumpulan. Maksud yang dikemukakan itu terdapat dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Perkamusan.Makna08.01.2015
Salam. Saya ingin meminta kebenaran dari pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA mengenai perkataan yang dipamerkan di papan iklan "PUSAT MSF,PUSAT PINJAMAN PERIBADI,CIMB BANK" seperti yang telah saya lampirkan di lampiran fail. Jika perkataan tersebut tidak dibenarkan,perkataan apa yang sepatutnya saya gunakan. Harap pihak DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dapat memberi tunjuk ajar.Terima kasihKeterangan aktiviti yang paling sesuai digunakan dalam iklan tersebut ialah "Pusat Pinjaman Peribadi". Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain14.09.2012
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah? (Sila bersertakan sebab kenapa salah) 1.Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2.Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3.Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4.Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5.Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6.Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7.Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8.Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9.Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10.Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11.Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12.Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial.
2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu.
3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas.
4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan.
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah.
7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair.
8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis.
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas.
10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat.
11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris.
12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2013
Definasi kaunter bersepaduSatu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematikMakna10.05.2005
123

Kembali ke atas