Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipancangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Minta tanya terdapat beberapa jenis ayat majmuk gabungan dalam tatabahasa dewan? Adakah pembahagian bersifat subjek , objek atau predikat? ataupun melihat kepada sifat elemen gabungan dalam ayat?Ayat majmuk dibahagikan mengikut sifat atau ciri-ciri ayat itu. Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, manakala ayat majmuk pancangan terdiri daripada satu ayat utama/ayat induk dan satu atau lebih  ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 - 522.Tatabahasa08.04.2013
Berdasarkan petikan 1 seperti mana lampiran, saya ingin mengetahui perkataan atau ayat: 1. kata nama : 2. kata kerja: 3. ayat majmuk gabungan: 4. ayat majmuk pancangan: 5. ayat majmuk campuran: Sekian, Terima kasih.Kata nama ialah unsur perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamai orang, haiwan,tempat,benda atau konsep. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,atau,tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan mempunyai satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni tersiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Sila rujuk buku Tatbahasa Dewan Edisi Ketiga dan berdasarkan maklumat di atas kami percaya saudara dapat membuat analisis teks tersebut. Tatabahasa17.09.2008
Assalamualaikum, Saya ada sedikit kekeliruan untuk menentukan jenis ayat majmuk sama ada ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran bagi ayat-ayat di bawah: 1. Pada peringkat ini, para pelajar akan mengikuti pengajian untuk memperoleh sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan. 2. Keputusan yang cemerlang sebenarnya merupakan tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 3.Dengan cara ini, para bakal siswa atau siswi akan dapat memilih bidang pengajian yang ingin diikuti dengan tepat serta bersesuaian dengan kerjaya yang bakal dibina pada masa hadapan. 4. Buatlah pilihan dengan bijak untuk masa depan dan kerjaya andaDalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri tetapi digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Ayat contoh yang diberikan ialah ayat biasa yang mempunyai sederetan frasa nama yang menjadi subjek/predikat atau sederatan frasa kerja yang menjadi predikat. Untuk melihat contoh ayat majmuk yang baik, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 hingga 519.Tatabahasa07.04.2013
Saya masih kurang memahami mengenai ayat majmuk dan ayat pasif. Ayat majmuk ada 3 jenis yang saya pelajari iaitu ayat majmuk pancangan, gabungan dan campuran. Diharap saya boleh mendapat penjelasan mengenai tatabahasa ini.Terima kasih.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

 Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504.

Manakala ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Tatabahasa08.01.2009
Definasi tatabahasa? Definasi ayat? Apakah binaan ayat? Apakah ayat majmuk? Ertinya -gabungan? pancangan? keterangan?

1. Definasi tatabahasa - Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

2. Definasi ayat? - Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 432.

3. Apakah binaan ayat tunggal? -  Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah ayat yang menerangkan subjek. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463.

4. Apakah ayat majmuk? - Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.

5. Ayat majmuk gabungan? - Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498.

6. Ayat majmuk pancangan? - Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504.

7. Ayat majmuk keterangan? - Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514.

 

Tatabahasa28.05.2008

Kembali ke atas