| kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa? | Saudara, Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor. Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). | Tatabahasa | 13.08.2010 |
| Isteri kehilangan suami dipanggil balu, suami kehilangan isteri dipanggil duda, anak kehilangan seorang daripada ibu bapanya dipanggil yatim, jika kedua - duanya, dipanggil pula yatim piatu. Adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk menggelar ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian? | Dalam pangkalan data kami, tiada gelaran khusus untuk ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian. | Makna | 05.07.2018 |
| anak pertama = anak sulung, boleh dipanggil kak long? anak kedua= boleh dipanggil kak ngah? anak ketiga nak panggil apa? anak keempat boleh dipanggil adik su ( adik bongsu)? | Anak ketiga lazimnya dipanggil Alang. Panggilan yang biasa ialah Kak Lang dan Mak Lang. | Makna | 19.02.2008 |
| Saya ingin bertanya. Selalunya pelajar sekolah rendah dipanggil murid. Pelajar sekolah menengah dipanggil pelajar. Manakala pelajar di universiti dipanggil mahasiswa @ mahasiswi. Manakala pelajar di peringkat IPTA @ IPTS pula diberi gelaran apa? | Pelajar pada peringkat IPTA dan IPTS juga dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi. | Tatabahasa | 12.10.2015 |
| Fizul AkhmalView Profile Actions WED 2:58PM Fizul Akhmal Fizul Assalam..saya nak tanya, kalau kes seksual ke atas kanak-kanak dipanggil pedofilia (paedophilia)..pelaku kes pula dipanggil apa ye? since dalam BI ada perkataan paedophile, bolehkah pelakunya dipanggil pedofil? tujuan saya bertanya adalah kerana di dalam kamus dewan tiada perkataan yg menjurus kepada pelaku pedofilia..sekian terima kasih | Waalaikumussalam. Istilah untuk pelaku pedofilia boleh dipanggil "pedofil". | Istilah | 09.06.2016 |
| Binatang dipanggil meninggal dunia atau mati apabila binatang itu mati?Contoh ayat: Kucing saya telah meninggal dunia pagi tadi atau kucing saya telah mati pagi tadi. | Ayat yang betul ialah Kucing saya telah mati pagi tadi. | Tatabahasa | 14.02.2021 |
| Pelaku pertarungan dipanggil petarung atau penarung? | Ejaan yang betul ialah penarung. | Ejaan | 05.08.2022 |
| kenapa photobomb dipanggil tunafoto dalam bahasa Melayu? ada penjelasan tak? Terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tuna" ialah "luka, cacat atau rosak". Maka terjemahan bagi photobomb ialah "tunafoto" yang bermaksud gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. | Makna | 10.06.2022 |
Objek yang dipanggil "sepanduk" (banner) dan "papan tanda" (signboard) dikategorikan sebagai "placard" di dalam bahasa Inggeris, oleh itu adakah perkataan "pelekat" boleh digunakan sebagai padanan kepada perkataan "placard"?
Hal ini kerana kedua-dua "sepanduk" dan "papan tanda" mempunyai persamaan dengan "pelekat" iaitu "sesuatu benda yang mempunyai tulisan atau gambar yang bertujuan memberi maklumat kepada orang yang melihatnya"
Terima kasih. | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi placard ialah pelekat. Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan pelekat sebagai 1. sesuatu yang digunakan untuk meĀlekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampalĀkan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan: ~ kereta. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pelekat. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2014 |
| Jika millionaire dipanggil jutawan dalam bahasa Melayu apa pula panggilan yang tepat bagi billionaire? | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, billionaire juga diberi padanan sebagai jutawan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 02.03.2009 |