Salam sejahtera DBP, saya harap mesej ini dapat dipanjangkan ke bahagian perkamusan. 'Nekabahasa' sebagai terjemahan 'multilingual' sekali gus memperlihatkan 'neka-' sebagai terjemahan awalan 'multi-'. Ada 3 sumber yang saya dapat petik penggunaannya iaitu Perkamusan Melayu Susunan Masyarakat Cina di Malaysia sebua rencana buah kalam Yang Quee Yee, Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu terbitan ITBM dan Translation: Bahasan Teori & Penuntun Praktis Menerjemah tulisan Zuchridin Suryawinata & Sugeng Hariyanto. Saya harap sempatlah masuk manuskrip kamus terbaharu DBP. Dirgahayu bahasa kita! | Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan maklumat berkenaan kami salurkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP untuk pertimbangan pihak yang berwenang. | Lain-lain | 19.04.2019 |
1. wujudkah perkataan "diperpanjangkan"? 2. sekiranya wujud, apakah perbezaannya dengan "dipanjangkan"? 3. betulkah penggunaan ayat ini? - "pihak kami berharap agar perkara ini dapat diperpanjangkan kepada mesyuarat lembaga yang akan datang." | Perkataan "diperpanjangkan" tiada dalam daftar istilah. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
Apakah perkataan 'multiple bay' dalam bahasa melayu? | Soalan saudara akan dipanjangkan ke Bahagian peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel | Istilah | 09.07.2014 |
Apakah perkataan dialek paling banyak dipinjam dalam penggunaan bahasa standard melayu moden? | Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Penyelidikan | 07.10.2014 |
Perkataan 'terabur' dan 'berterabur' sangatlah luas dan kerap penggunaannya. Mengapa tiada dalam kamus? | Soalan ini akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan. Jawapan mungkin mengambila masa dan akan dijawab melalui e-mel. Terima kasih. | Tatabahasa | 20.06.2019 |
Selamat pagi. mohon penjelasan terhadap "extend the meaning of a word". Bolehkah "extend" dalam ungkapan ini diterjemah sebagai "makna perkataan itu dipanjangkan kepada"? Terima kasih. | Pihak kami mencadangkan “extend the meaning of a word” diterjemahkan sebagai “meluaskan makna sesuatu perkataan”.
| Makna | 28.02.2021 |
Salam sejahtera,saya ingin mengetahui etimologi perkataan ”anak".Saya berharap tuan/puan dapat membantu saya.Ucapan terima kasih didahului. | Soalan saudara akan dipanjangkan ke bahagian Perkamusan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Lain-lain | 08.10.2014 |
Etimologi istilah perusu dan pemerusuan. Mengapakah kedua-dua istilah ini tiada dalam kamus tetapi di padankan dalam istilah Malaysia bagi milking? | Pertanyaan tuan telah dipanjangkan ke Bahagian Peristilahan. Kami akan memberikan maklum balas kepada tuan apabila mendapat jawapan daripada pihak yang berkenaan. Untuk makluman tuan, data tentang etimologi kata tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. | Istilah | 25.12.2017 |
Sallehuddin Ibrahim Jul 31st, 3:57pm Adalah dimaklumkan, saya telah menghubungi Tuan Haji Sulaiman bin Kaiaat melalui e-mel dan dimaklumkan kertas Cadangan Bacaton telah dipanjangkan kepada Haji Halim Harun setelah beliau mengadakan perbincangan bersama JK Kembara Bahasa 2015. Adakah ini bermakna penyertaan bacaton tidak relevan dalam Kembara Bahasa 2015. Saya juga sedang menunggu keputusan hasil perbincangan En Azhar Mohammad Dora bersama JK BBK sebagai jawapan kepada surat permohonan yang saya hantar kepada TKPO bertarilkh 1 Julai 2015. dan susulan pertanyaan secara e-mel. Mohon maaf atas pertanyaan susulan saya melalui ruangan ini. Adakah saya berhak untuk mendapat jawapan rasmi kepada surat yang telah saya majukan dan diberikan penjelasan atas faktor apa cadangan kami tidak dapat direalisasikan sekiranya ada dinyatakan dalam Piagam pelanggan DBP. Terima kasih | Ruangan ini memberikan tumpuan untuk menjawab permasalahan bahasa dalam kalangan pengguna. Atas semangat organisasi kami cuba membantu tuan menangani isu ini, namun kami juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang hal yang tersebut. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan tuan menghubungi pegawai yang berkenaan, Encik Azhar Mohammad Dora melalui talian 03-41012391 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 31.07.2015 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan istilah yang sesuai bagi "session musician" dan "performing artist" yang digunakan dalam bidang seni? Terima kasih | Soalan tuan/puan akan dipanjangkan ke Bahagian Peristilahan untuk mendapatkan istilah yang tepat. Istilah yang ditanyakan itu tiada dalam kamus istilah muzik terbitan DBP lagi. Bahagian Peristilahan akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel. Terima kasih. | Istilah | 09.12.2014 |