Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipantau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak memohon untuk menghasilkan sebuah buku?Untuk menghasilkan karya asli, tidak perlu membuat permohonan. Bagaimanapun, eloklah berbincang dengan penerbit yang dipilih tentang topik yang hendak ditulis agar penulisan buku itu dapat dipantau skop dan mutunya.Lain-lain20.12.2007
Assalamualaikum..sy nak bertanya,boleh saya dapatkan nama pengarang artikel pantau tegur bahasa dan saya ingin mengetahui secara lanjut dan terperinci mengenai 9 ciri-ciri pencemaran bahasa yang telah ditetapkan oleh DBP. Saya merupakan seorang pelajar bahasa di UITM Shah Alam dan berminat untuk menjadikan 9 ciri pencemaran bahasa tersebut sebagai panduan saya menganalisis kesalahan yang terdapat pada papan tanda. Mohon pertanyaan saya dijawab dan mendapat perhatian pihak tuan. Terima kasih.:)Kami tidak jelas dengan artikel yang dirujuk dan sembilan ciri-ciri pencemaran bahasa yang tuan maksudkan. Untuk makluman tuan, dalam pemantauan bahasa bahasa aspek yang dipantau dibahagikan kepada dua, iaitu tahap penggunaan bahasa dan mutu penggunaan bahasa. Tahap penggunaan bahasa akam melihat kepada tiga aspek yang berikut, iaitu: penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya; penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa lain sepenuhnya; dan penggunaan bahasa yang bercampur (bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain). Pada peringkat mutu penggunaan bahasa, aspek yang dipantau ialah ejaan, tanda baca, penggunaan bahasa, pembentukan kata, binaan ayat, sebutan (jika berkaitan) dan kesantunan bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai dalam melihat dan memantau penggunaan bahasa dalam paparan awam. Domain "Pantau Tegur Bahasa" disediakan untuk orang ramai menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa Melayu kepada DBP secara dalam talian.Lain-lain04.06.2013
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)?Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau.Lain-lain22.08.2007
Mardhiyyah Nor Azizan Oct 23rd, 10:21pm Salam alaik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya tidak dapat menghantar mesej ke akaun Facebook rasmi Bajet 2016. Hal ini demikian kerana akaun tersebut tidak menyediakan pilihan tersebut. Saya berharap agar pihak Tuan dapat menegur pihak penyelia laman, agar menggunakan ejaan lengkap, bukan singkatan, bagi memartabatkan bahasa dan menjaga kredibiliti agensi kerajaan. ini adalah url untuk ditegur atau dipantau https://m.facebook.com/bajet2016Terima kasih atas makluman puan berhubung dengan perkara tersebut.Lain-lain23.10.2015

Kembali ke atas