| Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih | 1) Tandatangan Pentender / Penender Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender. 2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga Tandatangan Penyebut harga 3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini. 4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan. Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa. | Tatabahasa | 27.03.2013 |
| Maksud bagi pernyataan bersenarai yang mempunyai perkataan "dan" pada senarai kedua terakhir (rujuk Lampiran Fail) : 1. Adakah semua 10 justifikasi perlu dipatuhi (tiada pengecualian)? atau 1. Adakah salah satu atau lebih justifikasi (daripada 10) sahaja perlu dipatuhi? | Berdasarkan pernyataan pada lampiran, kami berpandangan salah satu atau lebih justifikasi perlu dipatuhi. | Lain-lain | 05.09.2024 |
| Kita mengehadkan kehadiran dan menjalankan acara ini secara tertutup supaya memastikan Prosedur Operasi Standard dipatuhi. 1. Adakah ayat ini ialah ayat majmuk gabungan? 2. Terdapat dua ayat atau tiga ayat yang telah digabungkan dalam ayat ini? 3. Perkataan "secara" .ialah kata apa? Mohon pihak DBP boleh menyelesaikan soalan-soalan yang dinyatakan. Sekian, terima kasih. | 1. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk gabungan. 2. Terdapat dua ayat yang yang dijadikan satu dalam ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung dan. 3. Perkataan secara merupakan kata sendi nama. Walau bagaimanapun, susunan ayat yang betul ialah Kami mengehadkan kehadiran ahli dan menjalankan acara ini secara tertutup untuk memastikan supaya prosedur operasi standard dipatuhi. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 251-254 dan 497-519. | Tatabahasa | 20.08.2021 |
| Apakah hukum umum yg perlu dipatuhi untuk menukar istilah kimia bahasa Inggeris ke bahasa melayu? Sy merujuk kamus dewan online, tetapi kebanyakan istilah sains yg ditukar hanya melibatkan penggunaan 2 jenis bahan kimia. Bagaimana utk menukar, contohnya, methylhydroxypropylcellulose? Bolehkah ditukar menjadi metilhidroksipropilselulosa? | Istilah tersebut tidak ada dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, berdasarkan kaedah pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu yang betul ialah metilhidroksipropilselulosa. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pembentukan istilah kimia, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005 dan Daftar Istilah Tatanama Kimia terbitan tahun 1987. | Istilah | 09.04.2012 |
| Apakah maksud tatatertib? | Tatatertib ialah disiplin, iaitu peraturan yang mesti dipatuhi. | Makna | 08.04.2014 |
| Adkah DBP mempunyai suatu dasar atau tatacara atau garis panduan yang perlu dipatuhi untuk penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tulisan jawi di premis kerajaan. Sekiranya ada mohon minta penjelasan secepat mungkin kerana kerajaan negeri Melaka akan mengeluarkan surat arahan kepada semua ketua jabatan dan agensi kerajaan termasuk anak syarikat kerajaan negeri Melaka tentang pematuhan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tulis jawi di semua premis. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk maklum balas segera. Sekian terima kasih. | DBP telah menyusun pedoman khusus sistem ejaan Jawi baharu, tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan bagi melihat ejaan rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Lain-lain | 16.05.2014 |
| 1. Bagaimana prosedur untuk pengesahan bahasa papan iklan? 2. Apakah peraturan yang perlu dipatuhi sebelum mendapat pengesahan? 3. Jika papan tanda kami berbahasa Inggeris. Adakah papan tanda perlu diterjemah dalam Bahasa Melayu? | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) Sekiranya ikan dalam bahasa Inggeris, mohon terjemah dalam bahasa Melayu atau dwibahasa. | Lain-lain | 10.05.2019 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU | Merinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU? | Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
| Apakah perbezaan antara Peraturan Tetap Operasi dan Prosedur Tetap Operasi | Peraturan ialah segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan sebagainya) dan mesti diikuti atau dipatuhi dan peraturan yang berkuat kuasa contohnya, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. Manakala prosedur ialah aturan, tatacara, kaedah bekerja atau melakukan sesuatu yang perlu dipatuhi bagi mencapai tujuan tertentu. Prosedur juga termasuk sebahagian daripada peraturan contohnya, Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 di Tempat Kerja yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia merupakan sebahagian daripada Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. | Makna | 29.01.2021 |