Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipecat

Peribahasa

Seperti abu di atas tunggul,
     datang angin terbanglah dia.

Bermaksud :

Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ia dipecat sebab malas. Adakah ayat ini betul? Adakah kata “sebab” tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan? Kemusykilan ini saya ajukan kerana penggunaan “oleh sebab” dalam penulisan kerap digunakan dan ditemukan. “Oleh” merupakan kata sendi nama, dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, kata “oleh” mesti diikuti oleh kata nama, misalnya “sebab”. Penjelasan yang mantap amat dihargai. Sekian, terima kasih.Ayat Ia dipecat sebab malas bukan ayat yang gramatis.  Kata sebab ialah kata nama manakala oleh sebab ialah kata hubung keterangan musabab sama seperti kerana dan lantaran. Ayat yang betul menggunakan kata hubung oleh sebab ialah Oleh sebab dia malas, dia dipecat. Tatabahasa23.11.2018
Pengurus syarikat pengangkutan yang pecah amanah itu telah pun dipecat daripada jawatannya. Adakah penggunaan frasa 'telah pun' betul? Jika salah, mengapakah salah?Penggunaan frasa telah pun yang betul.Tatabahasa17.09.2012
Soalan 2 Beliau …………daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Mengapakan jawapan adalah A dilucutkan Mengapakan tak boleh B dipecatkanJawapan yang betul ialah Beliau “dilucutkan/dipecat” daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bersilih ganti dalam contoh ayat yang diberikan kerana “pecat” membawa maksud memberhentikan seseorang daripada jawatannya, manakala “lucut” pula bermakna menghentikan atau menarik balik pangkat/kuasa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perkataan “dipecatkan” tidak boleh digunakan kerana pembentukan kata yang betul ialah “dipecat”.Tatabahasa02.08.2020
Assalamualaikum Tuan, Dari segi tatabahasa, bolehkah saya memulakan ayat dengan perkataan "Tetapi..." seperti dalam ayat berikut: Tetapi Ahmad disifatkan terlalu "bebas" dan dia dipecat kerana menulis tentang keburukan ketuanya. Salam & T. Kasih.Kata hubung tetapi tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kerana kata hubung tersebut bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.Tatabahasa26.11.2010
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecat Apakah translation yang sesuai untuk 'separation' yang dimaksudkan dalam bahasa melayu?Waalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “penamatan” digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2018
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecatWaalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “penamatan” digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2018
Saya ada beberapa soalan tentang penggunaan "sebab" dalam tatabahasa, di mana jawapannya sering bercanggah dalam Khidmat Nasihat DBP. 1. Dia makan coklat sebab/kerana lapar. Saya faham "sebab" ialah kata nama, dan ini sering disebut dalam Khidmat Nasihat. Namun, definisi untuk "sebab" dan contoh yang disenaraikan dalam DBP ialah [se.bab] | سبب Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; Mengapa "ia dipecat sebab malas" dibolehkan di sini? 2. Dalam konteks dialog atau sari kata, "Dia lapar. Sebab itu/Itu sebabnya dia makan." Yang mana betul? Jika kedua-duanya salah, boleh berikan jawapan yang betul? 3. Dia mengemis disebabkan/disebabkan oleh kemiskinan. Yang mana betul?Ayat yang betul ialah:

1. Dia makan coklat oleh sebab lapar. / Dia makan coklat kerana lapar.
2. "Dia lapar. Oleh sebab itu dia makan."
3. Dia mengemis disebabkan oleh kemiskinan. 
Tatabahasa24.07.2020
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih.Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun.Ejaan14.04.2012
Salam. ingin tahu maksud perkataan `Wang Adat`,`Telinga tebal`, `Bunga Dedap`, `Hujan Jatuh ke Pasir`, dan `Seperti Abu di atas Tuggul` . Sekian Terima kasih.Wang Adat dalam budaya Indonesia bermaksud wang utk perbicaraan di mahkamah. Yang betul ialah tebal telinga (bukan telinga tebal) bermaksud tidak menghiraukan (ejekan, makian orang); dan tidak tahu malu. Bunga dedap wujud dalam peribahasa laksana bunga dedap, merah ada berbau tidak yang bermaksud orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa. Seperti Abu di Atas Tunggul bermaksud Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila masa sahaja boleh dipecat. Hujan  jatuh ke pasir bermaksud kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas).Makna17.03.2008
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit.
  • Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana.
  •  manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab;
  • Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti.

    Tatabahasa11.07.2009

    Kembali ke atas