Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasih | Saudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 03.10.2009 |
a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Lain-lain | 29.11.2011 |
Yang mana lebih tepat: a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Lain-lain | 29.11.2011 |
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_< | Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa. | Lain-lain | 04.03.2025 |
Soalan tentang penggunaan kosa kata - membelek-belek lagi. Adakah membelek-membelek sesuatu benda bermakna benda tersebut mesti boleh dipegang dalam tangan ketika diperhatikan? | Perbuatan membelek-belek ditakrifkan sebagai memerhati dengan teliti, tetapi tidak ada dalam sumber kami menyatakan bahwa benda yang dibelek itu mesti dipegang ketika diteliti. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
Brdasarkan pengalaman saya, kata sendi nama 'dalam' digunakan merujuk kepada unsur yang abstrak sementara 'di dalam' pula merujuk unsur yang konkrit (dapat dipegang dan dirasa). Namun, saya terkeliru dengan contoh ayat yang berikut. Dia terbaca berita itu di dalam akhbar. (salah) Dia terbaca akan berita itu di dalam akhbar (betul) Pertanyaan saya, akhbar ialah sesuatu yang konkrit (dapat dipegang) kerana itu digunakan kata sendi 'di dalam' tetapi dalam masa yang sama, akhbar tidak ada ruang. Oleh itu kenapa tidak digunakan sahaja kata sendi nama 'dalam'. | Penggunaan yang betul ialah dalam akhbar. | Tatabahasa | 30.08.2017 |
beza peranan dan fungsi | Peranan bermaksud bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang manakala fungsi bermaksud tugas atau jawatan. | Lain-lain | 21.12.2006 |
Apakah panggilan atau gelaran bagi Menteri Pelajaran (YB atau YAB) untuk tuan penulisan. | Jawatan Menteri Pendidikan di Malaysia sekarang dipegang oleh orang yang sama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Maka panggilan kehormat beliau ialah YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. | Tatabahasa | 11.12.2014 |
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. | Istilah | 22.07.2010 |
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Saya Nor Hisyam ingin bertanya mengenai nama Papan Tanda Besar yang sesuai untuk diletakkan di Pusat Beli-Belah KIPMART Masai. Penerangannya ialah KIP REIT dipegang oleh pemegang saham dan pemegang amanah ialah Pacific Trustee Berhad,manakala diuruskan oleh KIP REIT Management Sdn. Bhd. serta hartanah diuruskan oleh Azmi&CO. Soalan saya ialah apakah nama yang sesuai untuk diletakkan di papan tanda besar KIPMART Masai untuk dalam kurungan seperti 1: KIPMART Masai (Pemilikan oleh KIP REIT) 2: KIPMART Masai (Dimiliki oleh KIP REIT) 3:KIPMART Masai (Dimiliki oleh PACIFIC Trustee Berhad) Terima Kasih dan saya memerlukan jawapan secepat mungkin. 1: | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Sila kemukakan permohonan dengan visual iklan dan pihak kami akan membantu membetulkan jika terdapat kesalahan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.05.2017 |