Bolehkah "learned curriculum" diterjemahkan sebagai "kurikulum terpelajar" ataupun "kurikulum yang dipelajari" memandangkan "learned curriculum" merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas? Jawapan daripada carian kata adalah "kurikulum ilmiah". Saya berasa perkataan "ilmiah" kurang selaras dengan "apa yang pelajar pelajari dalam kelas" , ia lebih kepada bahan ilmiah, jurnal ilmiah, majalah berilmiah dsbg. Ini adalah pandangan saya mungkin tidak betul. Sila beri tunjuk ajar Terima kasih | Untuk makluman, perkataan "learned" boleh diterjemahkan kepada beberapa perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu berilmu, ilmiah dan dipelajari. Penggunaan padanan bahasa Melayu ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Sekiranya tuan pasti konsep istilah ini merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kurikulum dipelajari. | Istilah | 29.07.2013 |
Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul. pasifkan akan jadi Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul. atau Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. yang mana satu betul? atau kedua2nya. tq | Kedua-dua ayat pasif tersebut betul, yang berbeza hanyalah ayat pertama meletakkan frasa keterangan di hujung ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul, manakala ayat kedua meletakkan frasa keterangan di tengah-tengah ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini? (a)Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh? | Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh, ayat ini betul. | Lain-lain | 15.10.2015 |
1.Mereka sudah mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul semalam.( aktif) 2.Teknik menjawab soalan dengan betul sudah dipelajari mereka semalam.(pasif) 3.Teknik menjawab soalan sudah dipelajari semalam dengan betul(pasif). ayat pasif no. 3 betulkah? atau ayat no 2 lebih tepat? | Ayat no.2 lebih tepat. | Tatabahasa | 04.02.2008 |
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-num-an" atau " mi-num-an" ? Terima kasih. | Suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" adalah seperti yang berikut: (i) mi-num-an, (ii) ma-kan-an, (iii) pe-la-jar-an, (iv) di-pe-la-jar-i, (v) sa-yur-sa-yur-an, (vi) bu-ah-bu-ah-an | Lain-lain | 22.04.2010 |
1. Surah al-Fatihah wajib dipelajari setiap orang Islam kerana ia merupakan satu daripada rukun di dalam solat. 2.Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama mengikut susunan di dalam mushaf. Menurut para ulama, dinamakan surah ini dengan kalimah al-Fatihah, iaitu pembukaan kerana ia merupakan pembukaan di dalam mushaf dan juga pembukaan bacaan semasa mendirikan solat. soalan saya; adakah dalam soalat atau di dalam solat? di dalam mushaf atau dalam mushaf? | Frasa sendi nama "di dalam" digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata sendi nama "dalam" digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya. Frasa yang betul ialah "dalam solat" dan "dalam mushaf". | Tatabahasa | 23.04.2024 |
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-nu-man" atau " mi-num-an" ? Terima kasih. | Soalan telah dijawab. | Lain-lain | 22.04.2010 |
SALAM... SAYA INGIN BERTANYA TENTANG KEADAH TATABAHASA YANG MUDAH DIPELAJARI OLEH PELAJAR, GURU DAN MASYARAKAT...SAYA JUGA INGIN BERTANYA JIKA PIHAK DBP ADA MENAWARKAN KURSUS UNTUK PEMANTAPAN BAHASA MELAYU SEPERTI TATABAHASA, PENULISAN DAN SEBAGAI...JIKA ADA, HARAP DAPAT HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0179057297 - SHAYAUMIL | Dewan Bahasa dan Pustaka ada melaksanakan kursus pemantapan bahasa. Sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Tingkat 22, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur, untuk mendapatkan maklumat kursus yang akan diadakan. | Tatabahasa | 30.04.2011 |
Mohon jelaskan maksud 'pelajaran' dan 'pendidikan' | Pelajaran bermaksud: 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh); 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan); 3. yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Manakala, pendidikan bermaksud: 1. perihal mendidik: 2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik; 3. didikan, latihan, ajaran. | Lain-lain | 09.12.2016 |
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera? | Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya. | Lain-lain | 11.08.2008 |