Salam, saya ingin bertanya, bolehkah jika perkataan Terengganu (di dalam alamat syarikat) dipendekkan ke 'trg' sahaja di papan tanda syarikat? | Pada alamat syarikat seelok-eloknya ditulis penuh Terengganu dan dalam teks umum dan ringkas ejaan tersebut boleh dipendekkan menjadi Trg. | Ejaan | 29.08.2012 |
Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat? | Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat. | Tatabahasa | 04.09.2011 |
Biasanya perkataan "akan" ini akan dipendekkan dan disambung pada kata adjektif yang di depannya, seperti: i.Wanita itu amat rindukan anaknya. ii. Saya amat sayangkan kamu. Daripada ditiadakan perkataan "akan", adalah lebih baik digantikan dengan perkataan "pada" atau "terhadap" (terutama antara kata diri pertama dan kedua). Mohon diperbetulkan jika ada kekhilafan daripada fakir yang kurang ilmu ini." | Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Assalamualaikum , boleh bertanya , sy sedang buat kajian tentang tatabahasa bahasa melayu .. dipendekkan cerita, sy membangunkan 'corpus bigram' melalui artikel-artikel bahasa melayu .. masalah disini ialah sy memerlukan artikel2 bahasa melayu yang betul tatabahasanya mengikut aturan tatabahasa melayu dan ianya agak 'limited' kerana sy tidak berdaya untuk 'check' adakah artikel itu betul tatabahasanya secara keseluruhan.. sy fikir KNT mungkin ada sumber2 yang sy maksudkan td betul ? ,tambahan pula KNT adalah satu penumbuhan yang mementingkan penggunaan tatabhasa bagi bahasa melayu..jadi soalan sy ialah,adakah boleh untuk sy mendapatkan sumber artikel bahasa melayu yang banyak dan betul tatabahasanya dari pihak KNT didalam bentuk 'softcopy'? klau boleh bagaimana ? terima kasih. | Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) khusus menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa dan KNB tidak mempunyai artikel yang lengkap untuk sesuatu tajuk atau tema. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan bernilai, melainkan setiap artikel yang diperlukan perlu disaring agar benar-benar bermutu untuk dijadikan bahan kajian bagi memperoleh data yang bermutu. | Tatabahasa | 08.12.2014 |
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bolehkah pihak DBP memberi cadangan terjemahan bagi istilah "cosplay" yang bermaksud memakai pakaian yang menyerupai watak-watak dalam komik atau anime jepun. Istilah ini diambil daripada "costume play" dan dipendekkan menjadi "cosplay." Terima kasih. | Istilah "costume play" dalam bahasa Melayu ialah "peragaan busana". | Makna | 20.07.2019 |
Tuan, Jika saya ingin meringkaskan perkataan yang akan digunakan berkali-kali dalam sesuatu laporan adakah ringkasan berikut adalah betul (dalam kurungan) : Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) Terima kasih. | Dalam penulisan umum pengulangan nama khas lazimnya dipendekkan untuk kali yang kedua dan seterusnya setelah dieja penuh untuk kali yang pertama. Tetapi dalam penulisan undang-undang lebih-lebih lagi nama akta lazimnya ditulis penuh pada setiap kali akta ini dimaksudkan. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Ejaan: E-mel meng-e-melkan Apa fungsi tanda sempang (-) dlm contoh "meng-e-melkan"? Ada lagi contoh di tempat lain? Terima kasih. | Salam sejahtera, Tanda sempang (-) mempunyai beberapa fungsi, antaranya menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mel ialah kependekan perkataan electronic mail. Oleh itu, tanda sempang digunakan untuk kependekan dalam ejaan e-mel. Contoh lain seperti e-penerbitan, e-kad dan e-jurnal. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.03.2018 |
maksud encik baru ialah kata adjektif manakala baharu ialah kata kerja ke? | Baru ialah kata bantu, manakala baharu ialah kata adjektif. Contoh:1. Dia baru tiba. (bukan dia baharu tiba) 2. Baju baharunya cantik. Bagaimanapun, kata baharu sering dipendekkan menjadi baru. Misalnya: Selamat Tahun Baru, sepatututnya "Selamat Tahun baharu". | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, Lau | Perkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Boleh terangkan perbezaan penggunaan tanda sempang (-) dengan titik bertindih (:). Jika tanda ini digunakan, adakah perkataan berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar? | Tanda sempang paling banyak digunakan dalam kata ganda, selain berfungsi untuk menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan (k-a-m-p-u-n-g), memisahkan angka yang berbeza fungsi dan menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat (Anglo-China) dan perkataan yang mengikutnya tidak perlu dimulakan dengan huruf besar kecuali nama khas. Manakala titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan (Prinsip hidup saya senang sahaja:Tekun dan Ikhlas) dan kata yang mengikutinya bermula dengan huruf besar, memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan (Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan), memisahkan nombor surah daripada nombor ayat al-Quran (al-Baqarah 2:29), memisahkan nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (Ensiklopedia Pelajar 2:5), menunjukkan nisbah (12:12). | Ejaan | 12.09.2008 |