A.Yang mana betul? 1. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi sampah sarap. 2. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi oleh sampah sarap. 3. Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap. B. Terangkan penggunaan tanda sempang untuk kata ganda berentak yang menimbulkan kekeliruan. Contoh sampah sarap atau sampah-sarap pinggan mangkuk atau pinggan-mangkuk Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Rashid menolak kereta sorong yang dipenuhi dengan sampah sarap. Sampah sarap ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan. | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi" Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail. 2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
berdasarkan jawapan yang diberi oleh Tuan.. Salam sejahtera RAHMAT B. RAMLI, Soalan : 'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan. Jawapan : Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi" Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis. tetapi.. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. boleh Tuan jelaskan.. | Penggunaan dari dan sejak secara berurutan dianggap lewah. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
mohon tuan betulkan penggunaan kata hubung dan huraiannya, dalam ayat majmuk di bawah: 1.pekerja kilang itu akan terus berpiket selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. 2.pekerja kilang itu akan terus berpiket jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. terima kasih tuan. Ini adalah untuk penjelasan kpd anak murid pt3 saya | Kedua-dua ayat tersebut betul. Penggunaan kata hubung “selagi” merujuk sesuatu hal yang masih belum berhenti. Manakala “jika” merujuk kepada syarat. | Tatabahasa | 10.03.2018 |
"Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail." Ayat ini bukan lebih sesuai guna perkataan"dari"?Kenapa kena guna "daripada"? | Kata sendi nama daripada digunakan kerana merujuk sumber buah durian tersebut diperoleh dan bukannya merujuk tempat secara fizikal. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
eadema | edema - Keadaan penyakit apabila ruang antara sel tisu bahan dipenuhi oleh cecair. | Istilah | 04.02.2009 |
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan | Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Tatabahasa | 27.07.2018 |
apakah soalan yang benar untuk menjawab soalan di bawah? Senibina rumah ini dipenuhi dengan keunikan dan ciri-ciri keselamatan. A.apakah keistimewaan rumah ini? B.bagaimanakh senibina rumah ini? | soalan yang sesuai Apakah keistimewaan rumah ini? | Lain-lain | 14.08.2015 |
AKUM, BOLEH TOLONG BERI MAKLUMAT BERKAITAN BAHASA MELAYU MODEN (SUKATAN BM STPM). TERIMA KASIIH | Permintaan Sdr tidak dapat dipenuhi kerana tiada kaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 27.07.2010 |