Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbadankan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk makluman pihak tuan/puan, Perbadanan Nasional Berhad atau Pernas adalah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Akronim bagi Perbadanan Nasional Berhad adalah pernas. Sehubungan itu, pihak kami dalam proses pertukaran akronim daripada pernas ke PERNAS. Justeru itu, Pihak kami memerlukan pengesahan daripada pihak tuan/puan seperti perkara berikut : i. Adakah akronim bagi pernas boleh dieja dalam huruf kecil? ii. Dari segi bahasa adakah ejaan akronim pernas dalam huruf kecil betul dari segi penggunaannya? dan ; iii. Boleh ke akronim pernas dieja huruf besar? iv. Pada pandangan ejaan akronim lebih sesuai dieja dalam huruf kecil atau huruf besar? Sekian terima kasih.Sila rujuk kamus DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020; 1694). Kata yang terakam ialah:

PERNAS akronim
Perbadanan Nasional. PERNAS juga dikenali sebagai Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang ditubuhkan untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk yang berkualiti.

Kesimpulannya, PERNAS dieja dengan huruf besar kesemuanya.
Ejaan10.06.2024
Saya ingin mengetahui samada nama organisasi dalam bahasa malaysia yang dicadangkan sesuai and betul dari segi tatabasa dll. Kalau tidak, saya ingin dapatkan nasihat daripada DBP Nama dalam Bahasa Inggeris - UCSI University Trust Incorporated Name dalam Bahasa Malaysia yang dicadangkan - i) Perbadanan Amanah Universiti UCSI ii) Amanah Universiti UCSI Diperbadankan Sekian terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Amanah Universiti UCSI (Diperbadankan).Istilah25.06.2013

Kembali ke atas