Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbaik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah prestasi pemain negara perlu diperbaik atau diperbaiki?diperbaikTatabahasa27.05.2013
Buku yang koyak dipulihkan/diperbaiki ?Perkataan yang sesuai ialah diperbaik.Tatabahasa29.06.2013
mana ayat yang betul..diperbaiki atau dibaiki?Yang betul ialah "dibaiki" atau "diperbaik".Tatabahasa02.04.2009
Apakah kesalahan imbuhan dan ejaan dalam ayat di bawah? 1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukkan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengkagumkan. 2. Doktor Syaza menjalani pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.Berikut ayat yang telah diperbaik:

1.Para penonton yang menyaksikan pertunjukan sarkas itu terhibur dengan aksi yang mengagumkan.

 2. Doktor Syaza menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Tatabahasa16.08.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut gramatis dan dapat diterima? Terima kasih. 1) “Adi seorang yang rajin.” Haruskah penggunaan seorang diikuti dengan kata nama? Contohnya, “Adi seorang murid yang rajin.” 2) “Terima kasih atas bantuan kamu” atau “Terima kasih di atas bantuan kamu.” 3) “Kerja kumpulan” atau “kerja berkumpulan”? 4) “Tulisan kamu boleh diperbaik” atau “Tulisan kamu boleh diperbaiki”1) Adi seorang yang rajin dan Adi seorang murid yang rajin, kedua-dua ayat ini betul.
2) Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas bantuan kamu". 
3) Kerja kumpulan dan kerja berkumpulan, kedua-duanya boleh digunakan.
4) Ayat yang betul ialah "Tulisan kamu boleh diperbaik".
Tatabahasa22.09.2021
1.Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baru nanti. 2.Perhatian yang diberikan oleh semua anggota persatuan pada kegiatan gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan persatuan ini. Adakah ayat-ayat di atas gramatis?Berikut ayat yang telah diperbaik:

1. Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baharu nanti.
2. Perhatian yang diberikan oleh anggota persatuan dalam aktiviti gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan positif persatuan ini.
Tatabahasa03.07.2013
BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH.Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik:
1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati.
    b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang.


2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."

Tatabahasa09.05.2014
penggunaan ayat di bawah betuk ke salah. Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia. Mohon beri penjelasan.Ayat yang puan berikan ialah "Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia."
Ayat ini boleh diperbaik sedikit kepada: Kesihatan diri merupakan aset penting bagi kehidupan yang sihat dan bahagia.
Lain-lain11.10.2016
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Tatabahasa05.07.2012
Ini rupa kedua surat soal saya yang berjudul Mendalami Binaan Pencukup. Saya menyunting surat asal saya kerana ada beberapa istilah yang saya sebut pada tempat yang tiada sepatutnya, seperti mengistilahkan "perbuatan melampau" pada kata "menjadi" walhal kata "menjadi" perbuatan tiada melampau dan mengistilahkan "perbuatan tiada melampau" pada kata "memandang" sedang “memandang" patut diberi istilah "perbuatan melampau". Beberapa ayat yang telah saya diperbaik daripada segi binaan supaya nampak lebih lancar dan lebih senang difahami. Haraf saya dimaafi kerana menghantar surat soal ini dua kali yang menyusahkan tuan membaca surat yang terlalu panjang ini dua kali juga. Tuan DBP, adakah rangkai kata seperti "bertujuan memuji alam" betul? Adakah rangkai kata (frasa) "memuji alam" bekerja pencukup atau pelengkap (istilah dalam Tatabahasa Dewan) kepada perbuatan tiada melampau (kata kerja tak transitif) "bertujuan"? Dapatkah rangkai kata perbuatan (frasa kerja) seperti "memuji alam" menjadi pelengkap? Lampiran saya berkenaan dengan soal yang saya anjurkan kepada Dr. Awang Sariyan. Saya juga mengharapkan kebijaksanaan tuan DBP dalam soal ini, oleh itu saya menyertakan surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan untuk tatapan tuan DBP juga. Harap tuan dapat mengorak simpul kesulitan saya. Terima kasih.Mengikut rumus Tatabahasa Dewan, frasa "bertujuan memuji alam" kurang tepat. Frasa yang betul dari segi rumus tatabahasa dan aspek maknanya ialah "bertujuan untuk memuji keindahan alam".Tatabahasa01.12.2016
12

Kembali ke atas