Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbuat

Peribahasa

Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang,
     jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.

Bermaksud :

Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
diperbuat dari besi atau diperbuat daripada besi?Ayat yang betul ialah "Diperbuat daripada besi".Tatabahasa21.09.2014
diperbuat dengan/daripadadiperbuat daripadaTatabahasa02.05.2011
Kebanyakan hasil kraf tangan kaum Iban 'diperbuat' daripada manik. Adakah perkataan 'diperbuat' itu betul dalam ayat ini?Perkataan "diperbuat" dalam ayat tersebut betul.Lain-lain23.05.2016
Minta jelaskan penggunaan perkataan "dibuat" dan "diperbuat" dalam ayat. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Contoh ayat: Barang-barang ini dibuat / diperbuat daripada perak. Terima kasih.PERKATAAN DIBUAT MENUNJUKKAN SEDANG MELAKUKAN, CONTOH AYAT, SAYA DIBUATNYA SEPERTI BOLA, MANAKALA PERKATAAN DIPERBUAT PULA MENUNJUKKAN HASIL YANG DIPEROLEHI, CONTOH AYAT , BARANG-BARANG INI DIPERBUAT DARIPADA PERAK. Tatabahasa15.04.2008
'Ceongsam ibu diperbuat daripada kain yang lembut dan halus', atau " Ceongsam ibu diperbuat darpada kain yang lembut dn cantik." yang mana lebih tepat?Salam Sejahtera.

Ayat yang lebih tepat ialah "Ceongsam ibu diperbuat daripada kain yang lembut dan cantik".
Istilah18.03.2014
Yang mana betul, "Gentian yang diperbuat dari batang kelapa sawit" atau "Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit"?

Saudara Nik Zanariah,

Yang betul ialah 'Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit'. Kata sendi 'dari' digunakan untuk masa dan tempat.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi.

Tatabahasa17.07.2009
Makanan itu 'diperbuat' oleh siapa? Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Yang betul ialah kuih itu dibuat oleh siapa? Bagi perkataan diperbuat, contohnya ialah kuih itu diperbuat daripada tepung, telur dan air.Tatabahasa21.10.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya: Meja ini diperbuat daripada kayu. Meja ini buatan kayu. Adakah perkataan buatan boleh menggantikan “diperbuat daripada”? Jika tidak boleh, apakah ayat lain yang sinonim?Ayat yang betul, Meja ini diperbuat daripada kayu. Kata buatan tidak boleh digunakan kerana buatan bermaksud sesuatu yang telah dibuat atau dikerjakan, apa-apa yang dibuat atau dikerjakan, cara membuat dan sesuatu yang  dibuat oleh manusia.Lain-lain25.01.2019
Apakah maksud perkataan "dikeluarkan oleh"? adakah perkataan ini membawa maksud diperbuat oleh ataupun diedarkan oleh atau sebaliknya...Dikeluarkan oleh boleh membawa maksud diperbuat oleh, walau bagaimanapun diedarkan oleh tidak membawa maksud diperbuat oleh.Makna05.07.2007
1. dibuat daripada 2. diperbuat daripada adakah kedua-duanya juga betul? terima kasih.Kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri buat, kata terbitan membuat sama maksudnya dengan memperbuat (bentuk pasifnya dibuat dan diperbuat).Tatabahasa12.08.2013
123456789

Kembali ke atas