Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperhatikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan,ayat mana yang betul? 1)Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan. 2)Wap air jika diperhatikan, kelihatan seperti awan.Ayat (1) Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan.Tatabahasa29.08.2014
Parkataan "diperhatikan" nampaknya tidak wujud dalam Kamus Dewan edisi keempat. Apakah sebabnya? Terima kasih.diperhatikan merupakan ayat pasif daripada perkataan memperhatikan iaitu ayat aktif. Begitulah ragam ayat dalam bahasa Melayu. Contoh lain, seperti mempertingkatkan/dipertingkatkan, mempergiat/dipergiatkan, mempertimbangkan/dipertimbangkan dan lain-lain.Tatabahasa10.04.2018
1. Apakah perbezaan antara garisi dengan gariskan? 2. Apakah perbezaan antara diperhati dengan diperhatikan? Terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah ‘gariskan’dan ‘diperhatikan’. Akhiran –kan mempunyai dua pengertian khusus, dalam soalan tuan, –kan memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya:

buku – bukukan (menyebabkan jadi buku)

garis – gariskan (menyebabkan jadi ada garis)

Manakala, akhiran-I tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu:

(i)           Dalam ayat pasif orang pertama dan kedua, contohnya: Perkara itu mesti kamu halusi.

 

(ii)         Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong baiki basikal yang rosak itu.

 

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183-190.

 

 

Tatabahasa28.04.2014
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui penggunaan yang betul untuk ayat ini. Kanak-kanak itu bermain dengan penuh keriangan sambil diperhatikan oleh ibu mereka. ATAU Kanak-kakak itu bermain dengan penuh riang sambil diperhatikan oleh ibu mereka.Kedua-dua ayat tersebut betul.     Lain-lain12.03.2018
Ayat manakah yang betul? 1. Anda sedang diperhatikan atau anda sedang diperhati. 2. Menjalani kehidupan atau menjalankan kehidupan. Terima kasih.

Salam sejahtera,

Bagi frasa yang pertama jawapan yang betul adalah 'Anda sedang diperhatikan' manakala frasa yang kedua jawapan yang betul ialah 'menjalankan kehidupan'

Hal ini kerana, bagi frasa yang pertama merupakan apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). 

Bagi frasa kedua pula, apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak).

Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207.

Tatabahasa21.10.2012
Apakah maksud fenomena.?Menurut Kamus Dewan, fenomena ialah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti alam semulajadi, atau sejarah. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik.Makna11.09.2006
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022
Soalan tentang penggunaan kosa kata - membelek-belek lagi. Adakah membelek-membelek sesuatu benda bermakna benda tersebut mesti boleh dipegang dalam tangan ketika diperhatikan?Perbuatan membelek-belek ditakrifkan sebagai memerhati dengan teliti, tetapi tidak ada dalam sumber kami menyatakan bahwa benda yang dibelek itu mesti dipegang ketika diteliti. Tatabahasa25.08.2010
Salam sejahtera. Soalan saya mengenai kesahihan susunan ayat berikut, dan harap dapat menunjuk ajar cara tulis yang betul jika salah. Selain itu, turut dapat diperhatikan pada filem calitan darah adalah kewujudan sel darah merah terkecut.Saya kurang jelas dengan maksud "darah merah terkecut" adakah ia merupakan  istilah khusus dalam bidang perubatan atau perkataan "terkecut" ini merujuk kepada darah beku? maka ayat tersebut boleh ditulis seperti berikut: 1) Selain itu, pada filem calitan darah terdapat darah merah beku. 2). Selain itu, terdapat darah merah beku pada filem calitan darah.Lain-lain21.09.2017
Assalamualaikum, saya mohon bantuan, apakah definisi Dunia Fenomena atau Phenomenal World? Terima kasih dengan bantuan.Waalaikumsalam, terjemahan bagi Phenomenal World ialah Fenomena Dunia yang bermaksud sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; . Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik yang berlaku di dalam dunia.Istilah18.04.2018
123

Kembali ke atas