i) Tentang penggunaan 'di' a) bagaimana nak tahu 'di' mesti dijarakkan dgn ruang kosong atau tidak untuk sesuatu perkataan contohnya 'di peringkat' atau 'diperingkat' yang betul ? b) 'di peringkat' atau 'diperingkat' dikira sebagai satu atau dua perkataan, bagaimana pula dgn 'di isi' atau 'diisi' ? Terima Kasih Ezree | a) Frasa Sendi Nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap dan ditulis terpisah, oleh itu "di" dengan peringkat ditulis terpisah. b) Manakala "di" bagi diisi merupakan imbuhan dengan kata kerja "isi", oleh itu ditulis satu perkataan. "Diisi" merupakan kata pasif bagi "mengisi" | Tatabahasa | 20.07.2007 |
1. kawasan pendalaman atau kawasan pedalaman 2. dibawah atau di bawah 3. diperingkat atau di peringkat | Encik Zamri, 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Oleh itu, frasa yang tepat ialah kawasan pedalaman yang merujuk tempat atau kawasan. 2. di bawah bukan dibawah. 3. di peringkat bukan diperingkat. | Tatabahasa | 27.05.2009 |
Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan. | Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Saya sedang menulis tesis dalam bahasa melayu diperingkat PhD dalam jurusan kejuruteraan elekktrik di UKM. Pertanyaan saya ialah mengenai satu pendekatan "Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS)". Saya terjemahkannya sebagai "Sistem Taabir Kabur Neuro Adaptif", adakah boleh diterima atau ada cadangan lain dari pihak tuan/puan. Sekian | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk Adaptive Neuro Fuzzy Inference System (ANFIS). Walau bagaimanapun, kami ada istilah untuk Neuro Fuzzy (Neural Kabur), Adaptive (Ubah Suai) dan Inference (Inferen). Oleh itu, istilah yang kami cadangkan ialah Sistem Inferen Neural Kabur Ubah Suai. | Istilah | 20.04.2011 |
Saya maklum dbp selalu menganjurkan pertandingan kuiz bahasa. Jika boleh dikongsi format soalan kuiz, diperingkat jabatan kerajaan contohnya, sila email kembali kepada saya.terima kasih. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi pegawai Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP melalui talian 03-21479127/9128 atau e-mel sylee@dbp.gov.my (Puan Sylee) dan nurulaina@dbp.gov.my (Puan Nurul Aina). | Lain-lain | 18.11.2015 |
saya mohon nasihat penggunaan ayat " mesyuarat senat bertarikh 8 jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian diperingkat sarjana sains (penyelidikan) | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang betul: Mesyuarat Senat bertarikh 8 Jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Mod Penyelidikan). Sekian, terima kasih.
| Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2017 |
Adakan perkataan 'cakna' telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi dan boleh digunakan dalam penulisan diperingkat peperiksaan awam? | Dalam Kamus Dewan perkataan cakna dilabelkan sebagai dialek Terengganu dan lazimnya penggunaannya lebih banyak ditemukan dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanapun dalam pangkalan data kami banyak juga ditemukan judul buku atau makalah yang berkaitan cakna seperti Siri Cakna Bahasa: Antonim dan Siri Cakna Bahasa: Simpulan Bahasa. Berdasarkan dapatan tersebut kita dapati penggunaan kata cakna semakin meluas dan digunakan dalam ranah rasmi. | Istilah | 14.10.2012 |
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan. | Encik Zulkarnain Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut. | Lain-lain | 23.07.2010 |
Salam, boleh admin share perkembangan terbaru iv Perancang Bahasa DBP? Bila tarikh pengumuman keputusan iv trsebut ya? Tq | Salam sejahtera, Maklum balas perjawatan Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 16.06.2021 |
berminat mendalami bidang penulisan novel/cerpen/skrip drama secara serius, bagaimana saya ingin mendapatkan bimbingan secara online?atau perlu ke bengkel?untuk pengetahuan saya kini bergiat aktif dalam bidang penulisan novel/cerpen tetapi kualiti sentuhan tangan saya itu masih lagi diperingkat 'beginner' kemungkinan cara penggunaan bahasa/kosa kata yang kurang sesuai atau kurangnya ayat-ayat puitis barangkali...apakah tips terbaik untuk menjadi seorang penulis berjaya terima kasih zera | Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis. | Lain-lain | 04.10.2010 |