Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperkenalkan

Peribahasa

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah diperkenalkan istilah "negarawati" untuk merujuk kepada negarawan wanita. Jabatan Pembangunan Wanita berhasrat untuk memperkenalkan Akademi Negarawati sebagai pusat latihan kepimpinan kecemerlangan wanita daripada pelbagai sektor termasuk politik. Objektif akademi ini adalah melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis wanita yang berjiwa negarawan

Frasa “Akademi Negarawati” tidak sesuai digunakan kerana kata “negarawati” merupakan suatu anugerah yang diberikan oleh negara kepada 1. seseorang orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, orang yang meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara; 2. pe­mimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dan lain-lain) yang unggul. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan pusat latihan tersebut dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Wanita.

Lain-lain06.12.2024
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih.Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti.  Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka.  Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang  membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi KetigaMakna25.07.2011
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian.Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian.Tatabahasa12.05.2008
konsep dan sejarah perkembangan kesusasteraan MelayuSecara ringkas perkem. kesus. Melayu bermula sejak zaman Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri. Zaman Abdullah diambil kira apabila mesin cetak diperkenalkan waktu itu. Manakala Hamzah Fansuri dan karya-karyanya dianggap permulaan zaman intelektual yang diperkenalkan melalui karya-karya beliau yang terdapat ciri-ciri internasional, saintifik, dan Islamik. Selain itu kesusasteraan Melayu juga mengambil kira sastera lisan, sastera kitab, cerita2 binatang sebagai cerminan masyarakat waktu itu. Untuk lebih lanjut sdr perlu melihat dan membaca buku2 berkaitan ttg kesusasteraan Melayu karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana2 mutakhir. Terima kasih.Lain-lain05.01.2007
Penggunaan berkuatkuasa perlu jarak atau tidak? Contoh seperti di bawah: Modul ‘Sistem Bil dan Bayaran’ ini diperkenalkan bagi memudahkan Jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan bil dan membolehkan orang awam melakukan pembayaran secara atas talian yang akan berkuatkuasa pada bulan Julai tahun 2024.

Perkataan "berkuat kuasa" perlulah dieja dengan jarak.  Ayat yang betul ialah Modul 'Sistem Bil dan Bayaran' ini diperkenalkan bagi memudahkan jabatan atau agensi kerajaan negeri Selangor mengeluarkan bil dan membolehkan orang awam melakukan pembayaran secara dalam talian yang akan berkuat kuasa pada bulan Julai tahun 2024.

Ejaan30.05.2024
Mengapa komponen sastera perlu diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Melayu sedari sekolah rendah lagi.?.supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai nilai jati diri sedari kecil lagi. (untuk makluman lanjut, sila rujuk pelan PPIP )Lain-lain22.08.2007
Saya ingin dapatkan perkataan baharu yang telah diperkenalkan oleh dbp sepanjang 2020.Tuan/puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah semasa, peribahasa dan sebagainya.Lain-lain27.01.2021
1. Adakah terma Communities of Practice yang diperkenalkan oleh Lave & Wenger (1991) boleh diterjemahkan ke bahasa Malaysia? Kalau boleh, apakah terjemahan yang terbaik? 2. Apakah terjemahan terbaik untuk moderator variable dan mediator variable? Terima kasih.Untuk makluman istilah "communities of practice" dan "mediator variable" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah "moderator variable" terdapat dalam bidang pendidikan, dan istilah bahasa Melayunya ialah pemboleh ubah sederhana.Istilah23.04.2013
MAKSUD INOVASI(i) SESUATU YANG BARU DIPERKENALKAN SEPERTI KAEDAH, SISTEM, ADAT DLL YANG BARU. (ii) PERIHAL (TINDAKAN DSB) MENGADAKAN, MEMULAKAN, DSB SESUATU YANG BARU.Lain-lain02.12.2010
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan.Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata.  Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.  Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku.Lain-lain03.10.2012
12345678

Kembali ke atas