Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperolehi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
diperolehidiperolehTatabahasa25.03.2008
Adakah perkataan "diperolehi" terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4?Yang betulnya ialah diperoleh.Lain-lain16.11.2010
Penggunaan perkataan diperoleh atau diperolehi dan ditentusah atau ditentusahkan dalam : Data primer yang diperoleh/diperolehi daripada analisis imej satelit remote sensing ditentusah/ditentusahkan menggunakan kaedah lazim di lapangan. Terima kasih.Yang betulnya ialah diperoleh. Ditentusahkan dalam ayat tersebut kurang tepat. Cadangan kami ialah disahkan. Dalam ayat tersebut juga, perkataan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau ejaannya disengetkan.Tatabahasa12.01.2009
Jawapan akan diperoleh/ diperolehi dalam lima minit lagi. Yang mana betu dalam konteks di atas? Diperoleh atau Diperolehi? Terima Kasih. Peter Johnson DurairajAyat yang betul ialah "Jawapan akan diperoleh dalam masa lima minit lagi." Ejaan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper- menjadi diperoleh. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 181.Tatabahasa15.11.2017
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'di mana', 'yang mana' dan 'diperolehi' dalam penulisan ayat Bahasa Malaysia. Adakah boleh digunakan perkataan tersebut? Contoh ayat "...kemahiran dan kecekapan di mana kelayakan yang diperolehi pada lazimnya..." Terima kasih.Kata 'di mana' hanya sesuai  digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal?. Ejaan yang betul ialah diperoleh. Merujuk kepada contoh ayat yang diberikan : ... kemahiran dan kecekapan di mana kelayakan yang diperolehi pada lazimnya ... adalah salah. Cadangan kami ialah ... kemahiran dan kecekapan yang diperoleh pada lazimnya ... . Tatabahasa16.06.2009
Tuan, apabila saya merujuk kpd PRPM, ada dinyatakan penggunaan diperolehi adalah salah. Yg ada diperoleh. Tetapi, bagaimana pula dgn dipersetujui? Apakah sebabnya berbeza? Terima kasih.Benar kata terbitan memperolehi/diperolehi salah kerana kata dasar oleh apabila menerima awalan memper- menjadi memperoleh dan dalam bentuk pasifnya diperoleh. Manakala kata dasar setuju menerima apitan memper-...-i maka terhasillah kata kerja mempersetujui/dipersetujui.Tatabahasa19.09.2012
Manakah yang betul antara 'diperolehi' atau 'diperoleh'. terrima kasih.Perkataan yang betul ialah diperoleh.Tatabahasa22.08.2011
"Dikasihi" boleh diterima mengapakah "diperolehi" tidak?Dalam prosesTatabahasa16.05.2010
ada istilah2 yang tidak dapat diperolehi. Saya mencari istilah utk frasa "cross cutting issues"Untuk makluman, istilah "cross cutting issues" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah isu lintas sektor atau isu rentas sektor.Istilah12.11.2013
Apakah perbezaan antara diperoleh dengan diperolehi. Bagaimana penggunaannya.Ejaan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper- menjadi diperoleh.Ejaan07.09.2011
12345

Kembali ke atas