| Slm. Berikut adalah soalan yang ingin saya kemukakan: 1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan?(ayat ini gramatis atau tidak-perlu tambah nyatakan tiga cara bagaimana...?) 2)Apakah yang dibenci Tuhan dalam sajak ini?(dibenci Tuhan atau dibenci oleh Tuhan?) 3)Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta anda kepada Tuhan?(betulkah ayat ini?) 4)Sekiranya anda seorang pemimpin,apakah ciri-ciri kepimpinan anda yang anda harap diteladani rakyat(betulkah ayat ni?) 5)Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan,bagaimanakah boleh anada mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab?(betulkah ayt ini?) Tq ;) | Ayat yang gramatis ialah; 1) Nyatakan tiga cara kebudayaan kita boleh dipertahankan? 2) Apakah yang dibenci Tuhan/oleh Tuhan dalam sajak ini? 3) Bagaimanakah boleh anda tunjukkan cinta kepada Tuhan? 4) Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harapkan diteladani oleh rakyat. 5) Sekiranaya anda mempunyai seorang kawan, bagaimanakah anda mempengaruhinya supaya menjadi lebih bertanggunjawab? | Tatabahasa | 10.11.2010 |
| Betulkah penggunaan dimartabatkan dalam "kemerdekaan telah mengajar, mengenal hakikat satu perjuangan, namun ia bukan sekadar kenangan, bahkan perlu dimartabatkan". Sekiranya salah, boleh berikan perkataan yang sesuai untuk menggantikannya | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan "martabat" kurang sesuai digunakan kerana martabat bermaksud "kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dll". Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah "dipertahankan" kerana kemerdekaan perlu dipertahankan. | Lain-lain | 10.07.2007 |
| Apabila saya merujuki Kamus Dewan Edisi Keempat, saya dapati “wara” ialah kata akar. Adakah “wara” morfem terikat dan segolongan dengan “anai”? Jikalau benar, adakah pembentukan perkataan yang menggunakan “wara” seperti “jerayawara” dan “bicarawara” dapat dipertahankan? | Jerayawara dan bicarawara merupakan istilah khusus dan padanan bahasa Melayu bagi roadshow dan talkshow. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
| Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negara | Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air. | Lain-lain | 19.07.2007 |
| Dasar dan peraturan kata pinjaman dalam bahasa Melayu.. | Untuk mengeja istilah atau perkataan pinjaman yang dipentingkan bukanlah lafaz atau bunyi istilah atau perkataan tersebut, tetapi ialah bentuk ejaan(visual). Oleh itu, ejaan dalam bahasa asal dipertahankan dalam bahasa Melayu dengan perubahan fonem dan, atau pengguguran huruf dilakukan apabila diperlukan. | Ejaan | 02.09.2008 |
| Zam Lee WED 15:55 Zam Lee Zam bahasa melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak ada yang mempertahankan dan memperjuangkan | Ayat yang betul ialah Bahasa Melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak dipertahankan dan diperjuangkan oleh sesiapa. | Tatabahasa | 28.12.2016 |
| apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang? | Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang. | Lain-lain | 03.03.2008 |