ejaan sebenar DIPERUNTUKKAN / DIPERUNTUKAN | Ejaan yang betul ialah 'diperuntukkan'. | Ejaan | 12.06.2008 |
Assalamualaikum, Adakah perlu digunakan kata pemeri 'ialah' atau 'adalah' di hadapan perkataan 'kira-kira'? Sila rujuk ayat di bawah. Masa yang diperuntukkan adalah kira-kira dua jam. Tinggi bangunan itu ialah kira-kira 185 meter. Terima kasih. | Masa yang diperuntukkan ialah kira-kira dua jam. Tinggi bangunan itu ialah kira-kira 185 meter. | Tatabahasa | 12.06.2015 |
Boleh terangkan rumus tatabahasa 'peruntukan'? Kalau ditambah 'di' menjadi 'diperuntukan' atau 'diperuntukkan' amat mengelirukan kerana khidmat nasihat dbp mempunyai kedua-dua jawapan. saya mohon bahagian khidmat nasihat selalu kemas kini jawapan-jawapan terdahulu yang salah untuk dibuang daripada sistem supaya tidak mengelirukan pengguna. Terima Kasih.... | Memperuntukkan ialah kata terbitan daripada kata dasar peruntukan. Peruntukan menerima apitan di-...-kan menerbitkan kata diperuntukkan, bukannya apitan di-...an yang memungkinkan kata terbitan diperuntukan. Mohon maaf atas kekeliruan maklumat yang kami berikan. | Tatabahasa | 16.07.2020 |
definisi sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA | Kuota bermaksud: bilangan maksimum sesuatu yg diperuntukkan, dibenarkan atau ditetapkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA, sila hubungi kementerian yang berkenaan (Kementerian Pengajian Tinggi). | Lain-lain | 13.08.2009 |
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Istilah "front-loading" merujuk kepada pengagihan atau peruntukan (kos, usaha, dsb.) secara tidak sekata, dengan bahagian yang lebih besar diperuntukkan pada peringkat awal perusahaan atau proses berkenaan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "front-loading"? Bolehkah "pemuatan ke depan" diterima? | Belum ada padanan front-loading dalam Bahasa Melayu. Cadangan kami front-loading diterjemahkan kepada bebanan depan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2019 |
Saya ingin mendapatkan maklum balas segera. Bolehkah tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi kerajaan? | Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang. Dan hal ini perlulah disemak bersama dengan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA. | Lain-lain | 14.04.2014 |
Tuan/Puan, Mohon ejaan bagi 'diperuntukan' samada dengan satu 'k' ataupun 2 'k'. Ayat seperti berikut : Kami telah diperuntukan dengan 10 'booth'. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah diperuntukkan. | Tatabahasa | 07.01.2013 |
saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk. | Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu: 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang) 1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang) | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Kursus tersebut akan diadakan selama lima hari merangkumi tiga modul iaitu Web Master Training, Database Training dan Mapping Training. Minimum peserta yang diperlukan untuk menghadiri kursus tersebut ialah seramai 20 orang atau lebih. Empat hari diperuntukkan bagi kesemua peserta menjalani ketiga-tiga modul latihan dan satu hari untuk uji cuba memuat naik sistem DevInfo ke dalam server. Soalan saya: 1. 20 orang perlu dieja atau memadai menulis angka sahaja? Ada syarat-syarat penggunaan nombor kah? 2. Sesuaikah perkataan uji cuba digunakan dalam ayat tersebut? | Dalam penulisan angka atau nombor, bagi nombor satu hingga sebelas, pada kebiasaannya dieja. Bagi nombor 12 dan seterusnya, bentuk angka digunakan. Bagi pertanyaan kedua, perkataan uji cuba boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan perkataan "untuk" sebagai kata sendi atau sebagai kata hubung pancangan keterangan? mohon berikan contoh ayat bagi memudahkan pemahaman. | Kata sendi nama untuk digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang diperuntukkan. Manakala untuk sebagai kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada klausa utama. Contoh ayat untuk sebagai kata sendi ialah “Baju kurung itu untuk adik”. Contoh ayat sebagai kata hubung ialah “ Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak”. Perbezaan yang jelas ialah kata untuk sebagai kata hubung harus menghubungkan dua klausa, iaitu klausa keterangan dengan klausa utama (nira dikumpulkan, dibuat manisan dan tuak), manakala, kata untuk sebagai kata sendi ialah boleh terdiri daripada hanya satu klausa sahaja dan digunakan di hadapan frasa nama atau kata nama. | Tatabahasa | 12.07.2018 |