Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipindah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik  2. Ditandatangani/Menandatangani  3. Diguna pakai/ Mengguna pakai. 

Ejaan17.01.2011
Saya ingin mengetahui apakah peribahasa yang memberi maksud berkaitan batu sempadan ukuran tanah itu tidak dapat ditipu dan dipindah kedudukannya walau apa carapun?Untuk mendapatkan maklumat berkenaan, tuan perlu menyemak dari satu peribahasa kepada peribahasa yang lain. Tuan boleh menyemak melalui PRPM, tuliskan kata kunci (boleh diuji dengan beberapa perkataan - satu, dua atau tiga perkataan) dan lihat maklumat dalam Peribahasa (di bahagian hujung, sebelah kanan). Contohnya, kami menguji dengan kata kunci "batu sempadan" - hasilnya tiada maklumat dalam domain Peribahasa, kami menukar kepada kata kunci "batu" dan menemukan 70 maklumat berkaitan. Tuan perlu menyemak maklumat ini satu demi satu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain15.11.2021
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada  serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan.  
1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan.
2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan.
3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam.
4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei.
5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam...
7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ...
Tatabahasa06.04.2014
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah maksud dengan pernyataan berikut. "Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri"Ayat tersebut sudah jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dipindah milik atau dipajak melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri.Tatabahasa12.07.2010
Salam sejahtera, Mohon bantuan pihak DBP untuk memberi penerangan dan nyatakan perbezaan bagi frasa "pemindahan wang" dan "pindahan wang"? Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan maksud pemindahan ialah  perbuatan atau hal memindahkan. Manakala maksud pindahan pula ialah barang (harta dll) yang dipindah­kan (hasil daripada perbuatan pemindahan).

Tatabahasa31.10.2018
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Adik tersenyum (tajam) apabila melihat telatah pelawak itu. (b) Sepakan yang (tajam) oleh pemain itu mengenai tiang gol. (c) Kakak menyiram pokok bunga matahari yang sudah (luntur) itu. (d) Kemarau panjang yang melanda di kampung itu menyebabkan air sungai itu (luntur). (e) Kebanyakan remaja itu suka menghabiskan masa lapang mereka di (lubang) Tasik Biru. (f) Anita telah mendapat (tapak) dalam pasukan bola jaring sekolahnya. (g) Mata Maru menjadi (keras) selepas bangun daripada tidur. (h) Pak Uteh (mengisi) sawah itu dengan benih padi yang baru dipindah dari tapak semaian. (i) Ayah (mengisi) lubang itu untuk menanam sampah sarap.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
1. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan 'hak cipta terpelihara' untuk karya saya? Saya tinggal di kelantan, mestikah saya pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkara tersebut? 2. Bolehkah saya mencetak buku sendiri tanpa penerbit mengikut undang-undang? 3. Di Kelantan, jumlah syarikat percetakan buku adalah terhad terutamanya bumiputera, tiadakah kursus percetakan untuk membimbing bumiputera di dalam perniagaan percetakan anjuran DBP atau mana-mana pihak?

1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis.

2. Saudara boleh mencetak sendiri buku tetapi perlulah mendapat izin Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu. Selain itu, saudara perlu juga akur kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

3. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lagi menganjurkan sebarang kursus tentang percetakan. Untuk sebarang kursus percetakan saudara bolehlah berhubung dengan Dawama Sdn. Bhd. dan juga  Jabatan Percetakan Negara, Malaysia.
Lain-lain20.05.2009
berapa lamakah tempoh hakcipta untuk sesuatu karya atau tulisan bagi setiap pengarang.Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis. Lain-lain05.03.2009
Saya sudah menyiapkan CD berserta 5 buah buku bergred berkaitan kaedah membaca tanpa mengeja. Bagaimanakah caranya memperoleh HAK CIPTA TERPELIHARA dan mendapatkan kod ISBN, dan apakah langkah-langkah yang patut saya buat untuk memperbanyakkan untuk edaran di pasaran ?

1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis.

2. Perkhidmatan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan diberikan secara PERCUMA kepada semua penerbit di Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ISBN/ISSN/PDP boleh dengan menghubungi Pusat Bibiligrafi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia,Tingkat 18, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur di talian 03-26871700 samb. 4288 / 03-26814329. 

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain29.07.2007
Salam hormat. Saya ingin mengetahui cara-cara untuk mendapatkan hakcipta (copyright) untuk buku dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh saya sendiri. Sekian, terima kasih.Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis. Lain-lain19.06.2008

Kembali ke atas