Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipindahkan

Peribahasa

Jalan diasak orang lalu,
     cupak dipepat orang menggalas.

Bermaksud :

Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat. adakah beratus-ratus perlu digantui dengan beberatus atau beratus-ratusan ?

Sdr. Teoh,

.......beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat adalah betul . Jangan tukar kepada beberatus atau beratus-ratusan . Terima kasih

Tatabahasa01.04.2010
Ayat yang manakah betul? Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. atau Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian tenaga yang tersimpan dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. iaitu, sebahagian tenaga atau sebahagian daripada tenaga; tersimpan dalam pokok teratai atau tersimpan di dalam pokok terataiApabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk.

Tatabahasa04.09.2015
______penduduk kampung itu terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi akibat banjir. a. Sesetengah b. Sebahagian c. Seluruh d. Setiap apakah jawapan yang paling sesuai? Sila berikan penjelasan. Terima kasihMengikut makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan Sesetengah, Sebahagian dan Seluruh boleh menjadi jawapan dalam ayat yang puan tanya. Bagi mendapatkan jawapan yang paling sesuai, sila hubungi penyedia soalan.Tatabahasa17.04.2014
Ayat-ayat di bawah betul atau salah?Kalau salah harap jelaskan apa kesalahannya. 1)Pulau Tioman terindah di dunia. 2) Para banduan wanita itu akan dipindahkan ke Penjara Kajang. Terima kasihAyat pertama ayat tergantung, sepatutnya Pulau Tioman merupakan pulau yang terindah di dunia.
Ayat kedua betul.
Tatabahasa08.07.2014
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV?

Saudara Joseph,

Cadangan  padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'.

Istilah22.06.2009
Bolehkah frasa tempat diletakkan di hadapan ayat? Contoh. Di dalam bilik guru, Rani berjumpa dengan gurunya.

Ayat "Di dalam bilik guru Rani berjumba dengan gurunya" adalah betul. Ayat ini dalam susunan songsang, iaitu melalui proses pendepanan di mana unsur-unsur dalam konstituen pradikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Ayat tersebut dalam susunan biasa iaitu "Rani berjumpa dengan gurunya di dalam bilik guru." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 477 - 483). 

Tatabahasa28.09.2021
salam sejahtera, (a) maksud mobiliti. (b) jenis-jenis mobiliti ?huraikan setiap jenis ? (c) peranan dan kesan terhadap masyarakat ? (d) bagaimanakah mengawal mobiliti?Mobiliti ialah perihal sesuatu yang mudah bergerak atau digerakkan : perihal mudah berpindah tempat tinggal. Jenis mobiliti : bidang perusahaan, saham, projek,dll. Kesan terhadap masyarakat ialah mempertingkatkan atau memajukan taraf hidup hasil daripada projek kemajuan yang dipindahkan ke sesuatu kawasan. Antara cara mengawal mobiliti ialah membuat R & D dan pemanatauan yang berterusan. Sila rujuk Bahagian Perancanagn Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri bagi mendaparkan maklumat lanjut.Makna16.03.2007
DIDALAM WEB/PORTAL KERAJAAN ADA PERKATAAN "WEB MOBIL" CONTOH PORTAL MAMPU, JPM. ADAKAH PERKATAAN MOBIL MEMBAWA ERTI TELEFON BIMBIT ATAU KENDERAAN? MOHON PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BETUL MENGENAI PERKATAAN MOBIL INI.

Merujuk  Kamus Dewan Perdana, halaman 1472, perkataan “mobil” merujuk kepada kenderaan berkereta dalam bahasa Indonesia. Makna keduanya ialah sesuatu yang mudah bergerak, digerakkan atau dipindahkan. Namun begitu, sudah menjadi kelaziman perkataan yang sesuai untuk “mobil” ialah “alat telekomunikasi mudah alih”. Berdasarkan laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), “Web Mobil” merujuk kepada “Laman Web Mudah Alih”, manakala “Aplikasi Mobil”  merujuk kepada “Aplikasi Mudah Alih”.

Tatabahasa13.07.2023
Penggunaan perkataan manakah yang tepat? Perpindahan antara Syarikat atau Pemindahan antara Syarikat? Perpindahan atau Pemindahan?

 Mengikut Kamus Dewan, kata perpindahan bermaksud perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan.  Kata pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan). Dalam istilah perniagaan, pemindahan ialah padanan bagi transference.
Daripada keterangan ini, perpindahan antara syarikat merujuk pada peralihan syarikat boleh digunakan manakala pemindahan syarikat  pula secara fizikal dipindahkan. Mohon kemukakan konteks penggunaan yang diperlukan agar kami dapat memberikan cadangan lain yang memenuhi keperluan pihak anda.

 

Istilah02.09.2014
Akum, saya masih keliru ayat biasa yang telah ditukarkan daripada ayat songsang yang saya bagi tempoh hari iaitu : Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. Ada pendapat mengatakan bahawa ayat di atas masih ayat songsang. Bagaimana nak kenal pasti ayat di atas ialah ayat biasa ?Cantik sungguh pemandangan di pantai pada waktu senja. - ayat ini ayat songsang, keseluruhan predikatnya  'cantik sungguh' dipindahkan ke hadapan subjek 'pemandangan di pantai pada waktu senja'. Unsur yang dikedepankan itu yang hendak diberikan penegasan.Tatabahasa19.05.2011
12

Kembali ke atas