Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipinjam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terangkan unsur-unsur asing dalam bahasa melayu.Unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu, antaranya ialah kata atau istilah bahasa Inggeris atau bahasa lain yang dipinjam terjemah atau dipinjam terus (ditulis dengan huruf condong) misalnya komitmen (pinjam terjemah) atau espirit de corps (pinjam terus).Lain-lain22.08.2006
Kata sendi nama manakah yang betul dalam ayat ini: "Buku ini dipinjam dari/daripada perpustakaan"? Dalam ayat ini, perpustakaan adalah tempat, dan pada masa yang sama juga ia adalah asal atau punca buku itu dipinjam. Mohon pencerahan, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah daripada. Dalam ayat tersebut, perkataan dipinjam boleh digunakan sebagai penentu penggunaan kata  sendi sama ada dari dan daripada. Ayat tersebut lebih lebih kepada sumber atau punca.Tatabahasa06.08.2020
adakah perkataan "skin" (bermaksud kulit) dalam bahasa inggeris telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? seorang guru yang berkursus telah memaklumkan bahawa perkataan "skin" telah digunakan dalam bahasa Melayu (perolehan daripada sumber DBP).Untuk makluman, perkataan bahasa Inggeris "skin" tidak pernah dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "skin" ialah kulit.Istilah11.10.2013
Salam sejahtera. Saya ini bertanya, bagaimana saya boleh mendapat senarai perkataan bahasa melayu yang telah dipinjam atau diadaptasi dari perkataan-perkataan Ingeris. Terima kasih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Sistem Ejaan Perkataan Baharu untuk melihat perkataan bahasa melayu yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.Tatabahasa20.11.2007
Adakah "podcast" apabila dipinjam menjadi "podkas"?Padanan bagi istilah podcast dalam bahasa Melayu ialah audio siar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.09.2024
Kata BI yang dipinjam dan diterjemah e.g. fermentasi, bolehkan diberikan awalan dan akhiran, seperti difermentasikan.Fermentasi tidak tersenarai sebagai kata Melayu.Padanannya ialah penapaian.Istilah21.03.2005
Bagaimana dieja "truffle" jika dipinjam ke dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah truffle dalam bahasa Melayu ialah trufel. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah24.11.2024
Assalamualaikum. Adakah perkataan "bitara" dipinjam daripada mana-mana bahasa ataupun perkataan baru yang diterbitkan Dewan Bahasa? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan di bawah entri "bitara" hanya menerangkan maksudnya tetapi tidak ada asal kata tersebut. Oleh itu, saudara perlu membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Istilah30.08.2009
Daripada bahasa apa perkataan "firman" dipinjam?Menurut kajian pakar, kata firman merupakan kata pinjaman daripada bahasa Parsi. Sila rujuk maklumat etimologi yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 600).Lain-lain18.08.2023
Bilakah perkataan 'popular' dan 'aspirin' dipinjam daripada bahasa Inggeris dan digunakan dalam bahasa Malaysia buat kali pertamanya? Bilakah kedua-dua perkataan tersebut dimasukkan ke dalam Kamus Dewan?Perkataan popular dan aspirin telah dimasukkan dalam Kamus Dewan terbitan pertama pada tahun 1970.Istilah29.09.2015
123456789

Kembali ke atas